“Tahniah Ayda wlpn ramai mempertikaikan, bijak pilih lagu” – Netizen

Ayda Jebat seorang yang dikenali dengan lakonannya yang mantap namun ramai yang masih tidak tahu bahawa beliau adalah seorang penyanyi sehingga beliau menyertai progrma realiti show iaitu Famili Duo. Baru ini beliau menjuarai The Mask Singer Malaysia di program Astro dan menjadi perhatian netizen apabila beliau menjadi juara tidak di tv3 tetapi di Astro.

Ramai yang menyokong Ayda dalam nyanyian apatah lagi sehingga kini beliau masih boleh menyanyi dengan baik. Sehingga menjadi juara didalam program tersebut dan membuatkan namanya dan bakatnya menjadi bukti bahawa dia boleh menyanyi dengan baik.

Sokongan sentiasa diterima daripada keluarga dan suaminya. Namun di dalam program ini sepanjang minggu memakai maskot tersebut lalu masih ramai tidak dapat meneka suaranya sehingga ke peringkat akhir.

Nama penyanyi lain sahaja diteka dan disebut, apabila beliau digelar juara dan tiba masa topeng dibuka. Ramai yang terkeejut dan terkeedu. Seolah tidak menyangka bahawa itu adalah suara Ayda Jebat.

Di tv3 bukan rezeki beliau untuk memenangi pertandingan tersebut namun tidak disangka rezekinya berpihak kepadanya dan sekaligus terus menjadi juara didalam pertandingan The Masked Singer Malaysia.

Ayda Jebat pernah menyatakan selepas program di tv3 beliau tidak mahu menyertai apa-apa lagi pertandingan realiti dan ini adalah yang terakhir. Semoga Ayda terus meneruskan bakat yang sedia ada.

Sementara itu Ayda turut memuat naik perjalananannya sebagai betta fish di ig miliknya. Susah jugak ye nak pakai costume Betta fish.

Setiap kali beliau menyanyi dan menyertai pertandingan apa-apa agak sukar untuk menjadi juara kerana saingan amatlah hebat.

Namun jika sudah menjadi rezekinya pada malam tersebut, namanya dinobat juara meskipun ramai tidak berpuas hati.

Lihatlah semua komen daripad anetizen yang menyatakan bahawa mereka amat tidka berpuas hati. Tapi ramai lagi yang mendoakan untuk Ayda dan ramai yang mengucapkan tahniah kepadanya.

Secomel Betta Fish itu, secomel itulah Ayda Jebat. Beliau sentiasa mesra dan mudah tersenyum malah beliau tidak menyangka akan menjadi juara sehingga menitiskan airmata kegembiraan. Tahniah Ayda.

Sumber: ig officialhlive, ayda jebat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!