“Suka tgk Fatin dah bahagia, hari-hari nak tgk Fatin”- Netizen

Setelah beberapa kontroversi hangat yang melibatkan nama Fatin Afeefa sebelum ini, netizen akhirnya gembira dapat melihat ketenangan dalam kehidupan baru pelakon filem kanak- kanak Tentang Bulan itu yang kini sedang di ulit kebahagiaan setelah mengakhiri zaman ibu tinggal beliau bersama seorang jutawan iaitu Aliff Awang pada 30 Disember yang lalu.

Nama pelakon terkenal itu sebelum ini sering kali terpalit dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan kisah perib4dinya bersama bekas suami yang juga pelakon Adam Shahz.

Terdahulu, Fatin Afeefa dan aktor Adam Shahz pernah mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun pasangan berkenaan kemudiannya disahkan berc3rai pada 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia yang kini berusia 7 tahun. Semasa berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan sebelumnya.

Khabar terbaru pelakon jelita ini telah kembali bergelar isteri agak mengejutkan para peminat beliau. Ini kerana Fatin mengambil sikap berdiam diri dan tidak menghebohkan pernikahannya itu.

Malahan berita mengenai pernikahan beliau itu hanya di ketahui setelah dikongsikan menerusi media sosial jurusolek terkenal iaitu Datuk Alha Alfa yang juga bertindak sebagai pendandan untuk majlis istimewa pelakon berkenaan.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Fatin, beliau berkongsi satu video yang memaparkan suaminya sedang membantu beliau memakaikan krim rambut.

Pasangan yang masih lagi bergelar pasangan pengantin baru itu kini sedang menikm4ti percutian ke Thailand sempena menyambut hari ulang tahun kelahiran Aliff dan juga meraikan fasa bulan madu mereka bersama rakan- rakan terdekat pasangan berkenaan.

Tulisnya lagi sebagai caption video berkenaan, video yang di paparkan itu adalah rutin yang kebiasaan yang di lakukan oleh suaminya. Menjengah ke ruangan komen, rata- rata Netizen meningg4lkan komen positif mengenai kehidupan baru Fatin.

Para netizen berkata kehidupan baru Fatin setelah berrumahtangga di lihat sangat bahagia. Malahan kemesraan pasangan pengantin baru berkenaan juga turut membuatkan Netizen bersemut melihat mereka berdua.

Ramai netizen yang kata sepadan sungguh Fatin dan suaminya Aliff. Semoga pernikahan Fatin kali ketiga ini memberikan kebahagiaan buat beliau dan anak- anak. Ramai yang mendoakan jodoh Fatin kali ini berkekalan buat selamanya.

Sumber: ig fatin afeefa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!