“Bagusnya Fasha ni, bila makan dgn keluarga mertua dia hormat pakai tdung juga” – Netizen

Buat mereka yang sudah berkahwin, tak semuanya beruntung memiliki keluarga mertua dan ipar-duai yang memahami. Kadang kalanya pasti akan ada juga perselisihan faham yang terjadi antara keluarga. Bak kata pepatah, sedangkan lidah boleh tergigit inikan pula hubungan antara keluarga lebih-lebih lagi keluarga mertua yang baru sahaja kita kenal.

Ramai yang cemburu dengan pelakon wanita cantik bernama Fasha Sandha ini. Bukan sahaja rezeki dapat suami yang baik dan sering membantunya, malah keluarga mertua dan ipar-duai semuanya pun sayang dengannya.

Perkahwinan buat kali kedua pada tahun 2019 bersama pelakon Aidil Aziz telah menampakkan sisi Fasha Sandha yang lebih baik dari sebelumnya. Ramai yang memuji pelakon yang terkenal dengan sikap lemah lembutnya ini sebagai seorang yang tidak pernah somb0ng.

Sebelum ini telah tular tentang gossip yang mengatakan bahawa Fasha Sandha kini sedang hamil anak keempat namun dia telah menafikan perkara tersebut. Disebabkan baju yang dipakainya agak besar ketika itu, mula lah netizen membuat andaian yang dia kini sedang mengandung lagi.

Walaupun kini Fasha Sandha masih belum membuat keputuusan untuk bertudung sepenuhnya, namun sikapnya yang menghorm4ti keluarga mertua dengan bertudung ketika bertemu mereka itu telah menuai pujian para peminat dan netizen.

Video kebersamaannya dengan keluarga mertua itu dibuat demi menyambut satu-satunya kakak ipar kepada Fasha Sandha sendiri.

Dari video dan kapsyen yang dikongsi oleh Fasha di Instagramnya itu memang terlihat jelas tentang keakraban keluarga ini dan kasih-sayang yang tulus ditunjukkan oleh Fasha.

Bukan sahaja Fasha yang menjadi sorotan dalam video tersebut, namun si comel Aisha Amaira yang merupakan puteri bongsu kepada pasangan Fasha dan Aidil ini turut menjadi perhatian netizen. Ramai yang geram dengan kecomelan Aisha dalam video tersebut.

Memang cantik sangat tengok Fasha Sandha bertutup litup dan bertudung macam tu. Walaupun pakai tudung simple-simple sahaja, namun masih terserlah keayuan pada dirinya.

Ramai peminat yang doakan semoga Fasha bertudung penuh suatu hari nanti. Semoga terkabul doa dan harapan peminat.

Sumber: Instagram Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!