“Suka tgk artis skrg sudah berubah ikut jln yg diredhai Allah” – Netizen

Bak kata orang sekali bah, sekali pantai berubah. Jangan terlalu cepat menyangka buruk pada seseorang. Mana tahu bila mereka berubah, mereka berkenaan yang akan lebih baik daripada orang yang mengatanya sebelum itu. Itu yang barangkali boleh dikatakan tentang sebahagian golongan selebriti kini seperti dalam perkongsian, pelakon, Datin Lisa Surihani ini. Pendek kata sejuk hati kita yang memandang.

Buat mereka yang mengikuti perkembangan Lisa, pasti dapat melihat betapa beliau kini memang kelihatan amat menjaga imej sebagai mvslimah. Tampak rakan artisnya begitu jua.

Seperti dalam hantarannya kali ini, Lisa berkongsi akan dirinya sedang bersiap rapi untuk ke majlis bersama ilmuan agama. Menariknya kunjungannya ialah ke kediaman, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mengundang tetamu itu.

Lebih membuatkan ramai netizen tumpang suka melihat apabila terdapat beberapa lagi artis wanita lain di majlis itu. Jika suatu ketika dahulu mereka antara yang tidak mengenakan hijab, kini sudah sebaliknya.

Dapat dilihat antara hadir di majlis itu, menantu TokTi dan Datuk K, pelakon, Izara Aishah dan Tya Ariffin, selain tetamu seperti selebriti, Datuk Nora Ariffin Erra Fazira, Betty Banafe, Neelofa dan beberapa lagi.

Tak kurang netizen yang tumpang gembira melihat perkongsian Lisa. Ya lah… mana tidaknya kebanyakan mereka kan ikon. Setidak-tidaknya boleh mengajak lebih ramai peminat dan pengikut mereka ke jalan diredhai Allah.

“The real Hijrah. MashaAllah subahanallah”, “Masyaallah. Tenang damai yat tgk.. sejuk je melihat ahli² syurga ini berkumpul.. Moga satu hari dapat berkawan dgn circle ini. Moga Allah merahm4ti kalian semua”, “Sejuk mata memandang” . Itu antara komen netizen.

Dalam pada ittu tak kurang yang berharap dapat melakukan perkara seumpamanya dengan datang ke majlis ilmu bersama rakan-rakan. Nampak pun seronok kan, mesti rasa tenang je jiwa dapat berkumpul dalam majlis sebegitu.

Mengenakan hijab sejak tiga tahun lalu, Lisa pernah berkongsi bahawa dia bertudung bukanlah kerana suruhan suami, Datuk Yusry Abdul Halim, tetapi jujur memberitahu masih sedang mencari hidayah. Moga Lisa mendapat apa dicari.

Apa pun hidayah itu milik Allah. Sebaiknya kita doakan sahaj4lah golongan selebriti ini jika tampak mereka ‘masih mencari arah’. Tambah pula mereka golongan yang menjadi tumpuan. Hanya kepadaNya kita berserah.

Sumber : IG Datin Lisa Surihani

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!