“Mummy pksa Amir bergambar, shiann dia” – Netizen

Sememangnya hari bapa adalah hari yang paling istimewa bagi setiap ahli keluarga.Begitu juga keluarga pelakon wanita popular, Mira Filzah. Apa yang lebih istimewa tahun ni, beliau meraikan hari bapa untuk suaminya. Malah, itu merupakan hari bapa pertama bagi Wan Emir setelah dikurniakan cahaya mata yang paling berharga yang bernama Wan Khai Amir atau lebih mesra dipanggil Amir.

Mesti semua orang excited kan setelah dimaklumkan bahawa Mira Filzah dan Wan Emir sudah mempunyai cahaya mata. Pada Ahad lepas, Mira Filzah telah memuat naik foto ahli keluarga kecilnya sebagai tanda penghargaan menghargai jasa suaminya itu Wan Emir.

Mira Filzah dan Wan Emir telah diijabkabulkan pada 2020, kini sudah mempunyai seorang cahaya mata yang sangat comel. Berikutan dari komen para netizen mengenai foto ahli keluarga kecil beliau. Rata-rata memuji kemesraan keluarga tersebut.

Ketika memuat naik foto tersebut, Mira Filzah dengan captionnya “Struggle is real. Tangkap gambar pun guna timer camera depan je. Sorry Amir, tahu awak dah mengantuk. Tapi kan Father’s Day, tak kan gambar berdua je. Mesti lah bertiga. Sowieeee wankhairamir macam kena p4ksa pula bergambar”.Seolah-olah anaknya yang comel itu malu-malu ingin berposing ke arah kamera.

Lantas, para netizen juga menjadikan itu sebagai gurauan manja kepada ahli keluarga tersebut. Yelah, Amir kalau tahu mamanya Mira Filzah mesti bangga kan. Mama dan papanya kedua-duanya orang ternama.

Mira Filzah yang sebelum ini tidak pernah memuat naik foto penuh muka anaknya, menjadi tanda tanya ama ada muka bayi lelakinya itu mirip mama atau papanya. Yang pasti, mesti comel kan. Tak sabarnya nak tengok.

Antara komen netizen “Hahaha sebab Amir taktau mak dia Mira Filzah.. kalau tak mesti suka nk bergambar” , “Amir tahu ke mama dia Mira Filzah? Gmbr kena onz setiap angle”. Rata-rata memberikan komen yang mencuit. Amir kena ikut mama Mira lah sempurna gambar setiap angle.

Pasti semua confuse kan macam mana muka Amir, walaupun selama ni Mira Filzah hanya memuat naik gambar anaknya di bahagian sisi sahaja, tapi netizen dah boleh agak akan kecomelan bayi tersebut.

Semoga keluarga ini sentiasa bahagia dan dilimpahkan rezeki yang berlipat ganda. Cepatlah Amir membesar, tak sabar dah nak tengok gelagat Amir. Justeru, selama hari bapa diucapkan kepada insan yang bergelar bapa.

Sumber : Ig Mfmirafilzah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!