“Suh dia pi mandi dulu la haha” – Radin Era

Setiap insan dilahirkan dengan kelebihan tersendiri. Kadang kita melihat dirinya mempunyai sesuatu keistimewaan, tapi siapa sangka ia hanya salah satu anugerah diberikan padanya, tetapi ada kelebihan lain lagi. Itu yang dapat dilihat pada pelakon yang juga juruhebah radio, Azad Jazmin ini. Bukan hanya pandai berlawak jenaka, tetapi juga rupanya pandai menyanyi.

Dengarkan saj4lah lantunan suaranya menyanyikan lagu era 90-an, bertajuk Tiara yang kembali dipopularkan dan menjadi siulan akhir-akhir ini. Boleh tahan juga suara suami kepada pelakon, Eira Syazira ini.

Jika dilihat perkongsian Syazira akan nyanyian Azad kebelakangan ini pun ramai netizen yang memuji akan lunak suaranya. Kalau dah namanya anak seni tu, buat apa pun menjadi saja ya…

“Bravo suara meletopz”, “Sedap nye suara pak azad”, “Sejak jd deejay ni kemain jiwang  peng4ruh rakah sebaya ker tu?”, “Amboi pk azad nynyi lgu tiara pawer pk zad”, “Akk terhibur.10q pak Azad”, “sedap la suara pk azad rupanya”. Itu antara komen netizen.

Agak mencuit hati apabila nampak bersungguh-sungguh benar Azad menyanyi sampaikan terkibas-kibaskan tuala mandi yang dipakainya. Walaupun dalam keadaan sedemikian, masih penuh penghayatan.

Padanlah rakan sekerjanya, Radin dalam jenaka mencoret di ruangan komen mengingatkan Syazira agar memberitahu kepada Azad supaya mandi dulu sebelum berkaraoke. Sama ada dah mandi atau sebaliknya pun tak tau.

Dalam berkongsi lontaran suaranya yang ‘lemak merdu’ itu, nampak lucu juga keadaannya sedemikian hingga Syazira pun asyik ketawa sambil menunjukkan gelagat Azad yang menyanyi sambil bertuala itu. Nasib berbaju…

Siapa tahu dek minatnya menyanyi sebelum ini, rupa-rupanya Azad pernah menyertai pertandingan nyanyian di NTV7, Audition. Fakta ditemui netizen itu turut diakui oleh Syazira di ruangan komen.

Kerjaya lakonan Azad bermula pada 2007 menerusi filem Nana Tanjung arahan Abdul Razak Mohaideen. Dia seterusnya muncul dalam drama Laila Majnun, setahun kemudian.

Azad mendirikan rumah tangga dengan Syazira pada 16 September 2011, dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.

Sumber : IG Eira Syazira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!