“Rina ni bijak, boleh nampak bijak dia tu mcm budak 5 tahun” – Netizen

Memang sering kali menjadi perhatian setiap kali perkongsian Rina, apatah lagi jika Maryam atau Ryzal memuat naik video yang membuatkan Rina tampak ceria dan gembiranya terukir. Selalu akan mendapat perhatian apatah lagi Rina sekarang sudah pandai berjalan, dan berlari manja. Rina juga sering mendapat layanan yang baik dari kedua ibubapanya tatkala keduanya tidak bekerja, mereka akan menghabiskan masa bersama-sama.

Melihat cara Rina berjalan pun sudah dapat tahu bahawa dia baru sahaja belajar berjalan dan belum mahir tapi kegigihannya membuatkan ia nampak comel.

Dapat dilihat keseronokkan Rina dan gembiranya Rina apabila ibubapanya melayan bermain bersama. Ini adalah contoh nilai murni yang dapat dilihat dan boleh dicontohi. Tidak salah tokoh masyarakat sebegini.

Menjadi idola setiap masyarakat didalam kerja dan juga dalam kehidupan kekeluargaan. Adalah yang terbaik kita boleh lihat hasil didikan anak yang baru berusia setahun, tetapi kematangan dan kebijaksanaannya seumpama sudah berusia 5 tahun.

Mengakui bukan senang untuk mendidik dan menjaga anak apatah lagi jika mereka berdua mempunyai kerja yang padat. Masing-masing ada jadual sendiri dan masa yang berbeza untuk bersama-sama anak.

Namun ia bukanlah alasan untuk menjauhi diri daripada anak, balik kerja meskipun sudah malam dan penat bdan tapi tetap boleh bermain bersama-sama anak. Anak adalah keberkatan dalam kehidupan.

Sehingga 11 ribu jumlah sukaan dan sehingga 100 komen diberikan, jika mengenai Rina memang ramai netizen akan singgah memberikan sukaan dan komen. Komen yang memuji dan ger4m kerana Rina seorang budak yang cerdik dan comel.

Ramai yang memberikan komen memuji sikap matang Rina, selain daripada tu ramai memuji kecomelan Rina. Dan banyak lagi komen yang diberikan, pada ruangan komen tersebut. Lihatlah komen mereka.

Bukan sahaja Ryzal dan Maryam menjadi contoh untuk masyarakat, Rina juga menjadi sumber inspirasi, melihat pembesaran Rina dengan sihat juga satu contoh kepada netizen.

Sumber: ig duriankimchijunior

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!