“Suami akak ada bakat terpendam tu, tapi better pendam jelah terus”- Netizen

Siapa yang tidak kenal dengannya. Bukan saja sebagai pelakon, pengarah, penulis skrip dan model, Yana Samsudin juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, Yana mewarisi bakat seninya daripada bapanya. Samsudin Jamuri pernah menganggotai kugiran tntera dari unit artileri. Dia boleh bermain semua alat muzik dan menyanyi.

Jangan pandang sebelah mata, Yana juga pernah menyertai Bintang RTM di Melaka dan berjaya mewakili zon Selatan, namun rezekinya… beliau hanya mampu mara ke suku akhir. Ke bidang lakonan dan arahan pula bakatnya lebih terserlah ya…

Begitupun, ada juga rupanya yang tidak tahu dan tidak menyangka Yana memiliki bakat sebagai pelantun itu terkesima mendengar suaranya seperti yang dikongsikan dalam hantarannya kali ini.

Ramai memuji sedapnya suara wanita yang melebarkan sayapnya bermula pada 2003 ini apabila dia melakonkan peranan pembantu dalam filem komedi arahan Prof Madya Abdul Razak Mohaideen, Mami Jarvm Junior terbitan Metrowealth Movies Production.

Dalam pada itu, leka melayan nyanyian Yana yang lemak merdu sambil membega tudungnya itu, lucu pula tiba-tiba suaminya, penerbit dan pelakon, Fadzil Zahari ‘masuk’ dan menyanyi lagu sama. Terus ramai memberikan respons ‘agak terkejut’ mendengar nada suaranya yang tak semerdu si isteri itu.

“Suami akk ada bakat terpendam tu tapi better pendam jelah terus”, “Potong la kau bang hahaha”, “sekali masuk ah rosak lagu bang”, Alahai merdunya suara kaka sy cair dengar, namun suara abangnya…”, itu antara komen netizen terhadap nanyian Fadzil. Patutlah kapsyen hantaran Yana sedemikian…

Apa pun buat Fadzil jangan berkecil hati ya. Netizen ikhlas nak menegur tu. Mana tahu lepas ni lebih mantap pula nyanyian Fadzil yang juga adik kepada pengarah dan pelakon, Farid Kamil ini ya, Apa pun sebenarnya ramai juga yang tahu latar belakang Yana sebelum ini rindukan dia kembali melahirkan album.

Terdahulu, Fadzil dan Yana mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aisy Mateen, 5, dan Aura Aisy Sofea, 2.

Untuk info, Yana memulakan kerjaya muziknya pada 2004 menerusi album studio pertamanya bertajuk Ceria yang diterbitkan oleh MIG Records.Album yang dikeluarkan pada 22 Julai itu memuatkan 10 lagu, antaranya “Hingga Hujung Ny4wa” dan ”Aku Pasrah dan lagu-lagu lain.

Pada 2013, Yana merakamkan lagu bersama pelakon Shaheizy Sam yang bertajuk “Beginilah Caranya” yang menjadi lagu tema filem Aku Ada, Kau Ada? lakonan mereka berdua. Beliau juga menyanyikan satu lagi runut bunyi filem ini, “Halus Berbisa” secara solo.

Sumber : Ig Yana Samsudin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!