“Bestnya dgr suara wife Abe Jo bercakap” – Netizen

Bahagianya kalau memiliki wanita yang cantik. Tapi jika cantik saja pastinya masih terasa ada kekurangan tanpa pekej bersama kebijaksanaan akal dan rohani. Ye lah… kadang orang selalu menyangka wanita helok itu hanya tahu mencantikkan diri sahaja. Begitupun untunglah jika mereka memiliki anugerah kedua-duanya sekali. Yang pasti pasangannya juga boleh dikatakan beruntung dengan keistimewaan itu.

Itu yang dirasakan netizen apabila melihat perwatakan dan pembawakan isteri kepada pelakon, Fizo Omar ini. Fazeera Nazri Azrai, 26, dikatakan bukan setakat jelita, tetapi juga beauty with brain (cantik dengan akal).

Apa tidaknya selain memiliki wajah menawan, Fazeera juga dikatakan bijak memberikan inspirasi dan memotivasikan orang lain. Lihat sahaj4lah video yang dikongsikan oleh Fizo ini. Ramai terpesona dengan kepetahannya tambah pula dalam ‘omputeh’.

Bukan sahaja kerana melihat parasnya, tetapi juga kebijaksanaan wanita itu dalam menyusun kata-kata dan lembut dalam berbahasa. Dalam video itu beliau berkongsikan bagaimana rasa kesyukuran melupuskan sifat negative.

Bagaimana rasa bersyukur boleh berlaku? Antara kongsinya, kata Fazeera ia boleh terjadi apabila kita fokus apa yang kita ada dan menghargai serta bersyukur dengan apa yang dimiliki berbanding bersikap sebaliknya terhadap apa yang kita tiada.

Katanya lagi, kehidupan ini sangat mudah. Memberikan beberapa contoh seterusnya Fazeera mengajak mengubah paradigma, kembali kepada bersyukur. Apa yang menariknya, antara katanya bersyukur tidak membuatkan kita kaya, tetapi kita rasa kaya dengan keberkatan dalam hidup.

Wah… menarik juga ya kata-katanya ini. Padanlah Fizo atau mesra membahasakan dirinya Abang Joe ini boleh tertawan. Dalam kapsyen status hantarannya itu, Fizo juga menulis bahawa berbangga dengan isterinya itu dan mengakui menonton video ini berkali-kali.

Tak hairanlah netizen pun ramai yang jatvh hati ya. Dek video itu, Fizo juga berkata, secara rasminya dia juga peminat no.1 isterinya itu dan menantikan lebih banyak perkongsian daripadanya. “BRAVO I got the message and learn somehting from u, Puan Fazeera”, coret Fizo.

Tak kurang netizen yang mengakui juga sukakan cara penyampaian bekas pramugari syarikat penerbangan itu. “Suka dgr cara isteri abe joe berckp.. setiap kata2 yg dia smpai kn tu penuh makner..rupa paras pun cantikkk”,

“Tenangnya dgq dia cakap, more again please”, “To tell you the truth… i am amaze dgn faz.. i actually did follow her through tiktok.. she’s brilliant.. love it”, antara komen netizen pula.

Habislah Fizo kena caras… Nampaknya Fazeera pun dah ada peminat sendiri ni. Ramai yang tunggu lebih banyak perkongsian bermanfaat daripada Fazeera.

All the best ya… Untuk info, Fizo yang sudah berpisah dengan usahawan Mawar Karim dan mempunyai seorang cahaya mata, bernikah dengan Fazeera pada 21 Oktober lalu.

Sumber : Ig Fizo Omar & Fazeera

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!