“Simple betul bekalan Lara ke sekolah” – Netizen

Lara Alana merupakan anak sulung kepada pasngan selebriti Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari. Baru-baru ini pasngan selebriti tersebut telahpun menimang cahaya mata kedua mereka pada 12 Februari yang lalu. Anak kedua mereka itu telah selamat dilahirkan di Prince Court Medical Centre Kuala Lumpur. Bayi perempuan seberat 3.2kg telah disambut dengan rasa penuh kesyukuran dan teruja.

Jika sebelum ini Scha dan Awal masih merahsiakan nama mahupun gambar wajah penuh buah hati kedua mereka itu, namun setelah genap seminggu, mereka berdua telah mendedahkan wajah anak kedua mereka itu secara langsung menerusi episod terbaru di program Scha Awal Baby Boom 2021.

Program Scha Awal Baby Boom2021 merupakan program yang merakamkan detik-detik perjalanan Scha dan Awal melalui pengalaman kedua mereka untuk menimang cahaya mata.

Pengalaman mereka berdua sebelum ini membesar dan menguruskan Lara Alana pastinya akan banyak membantu untuk menguruskan kelengkapan anak kedua mereka.  Tambahan pula jantina anak kedua pula serupa dengan anak sulung jadi mungkin persediaan menjadi lebih mudah.

Pasngan selebriti itu juga sepakat memilih nama Lyla Amina untuk anak kedua mereka itu. Kelmarin pasngan tersebut mendedahkan akaun media sosial anak mereka telahpun mendapat 100 ribu orang pengikut walaupun baharu sahaja di buka kepada umum.

Walaupun tumpuan kini lebih kearah adiknya namun buat peminat Lara, akaun Instagram si cilik itu tetap menjadi perhatian bagi yang masih mengikuti rutin harian Lara Alana. Baru sahaja memuatnaik video terkini menunjukkan persiapan Lara untuk kesekolah, bekalan yang dibawa oleh Lara pula mencuri tumpuan.

Rata-rata memuji wajah comel Lara apatah lagi apabila mengikat rambutnya yang panjang. Tidak ketinggalan apabila Lara menunjukkan bekalan makanan yang dibawa oleh beliau yang berupa beberapa buah strawberi, yogurt dan juga biskut tenaga.

Ringkas betul bekalan yang dibawa oleh Lara Alana ini ya. Menjengah keruangan komen, ini beberapa komen yang ditinggalkan oleh warganet buat Lara Alana.

Jika sebelum ini Awal dan Scha melalui pengalaman mengurus dan membesarkan anak adalah 6 tahun yang lepas, pastinya keadaan kali ini menjadi agak berbeza dan mencabar kerana berada dalam musim pandemik C0V1D19.

Aspek kebersihan perlu dititik beratkan berlipat kali ganda dan bantuan daripada suami amatlah diperluukan oleh isteri dalam membantu menguruskan anak. Kakak Lara pun dah boleh tolong jaga Adik Lyla lepas ni.

Sumber: ig laraalana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!