“Fahri enjoy betul walaupun jadi senapang” – Netizen

Sudah menjadi lumrah bergelar isteri kepada anggota tentera, mereka terpaksa berkorban untuk melepaskan suami menabur bakti kepada negara. Sebagai isteri kepada anggota tentera mereka terpaksa reda dan tiada pilihan selain menyokong tugas besar suami berkhidmat untuk negara. Begitu juga yang terpaksa di lalui oleh bekas pengacara Borak Kopitiam iaitu Dayah Bakar.

Kisah pengacara Dayah Bakar atau nama sebenar beliau Nur Hidayah Abu Bakar yang menempuhi perjalanan kehamilan dan bersalin seorang diri tanpa kehadiran suami tersayang telah mendapat liputan meluas media kerana ramai yang tersentuh dengan sikap tabah dan kental seorang isteri yang terpaksa berpisah dengan suami tersayang disebabkan tugas terhadap negara. Suami Dayah merupakan seorang anggota tentera dan telah mendapat tugasan untuk bertugas di Australia pada awal tahun 2020.

Bekas pengacara Borak Kopitiam ini telah melangsungkan perkahwinan dengan Kapten Hanif Hamidi pada tahun 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki pada Ogos 2020. Sepanjang tempoh kehamilan dan kelahiran anaknya, beliau dan suami tidak dapat berjumpa kerana kekangan pndemi C0v1d19.

Bagaimanapun baru-baru ini Dayah telah membuat keputusan untuk berangkat ke Australia untuk membawa anak mereka bertemu bapanya buat kali pertama.

Pertemuan mereka sekitar Januari lalu cukup menyentuh perasaan para peminat dan warganet. Difahamkan Dayah dan anaknya akan menetap di Australia bersama Kapten Hanif.

Telahpun berusia  7 bulan, anak lelaki kepada pasngan ini iaitu Achbar Muhammad Fahri sudah semakin membesar.

Wajah comel anak lelaki Dayah yang mewarisi raut wajah ibunya ini cukup membuatkan para peminat merasa geram setiap kali melihat si cilik tersebut. Tambahan pula anaknya itu memiliki pipi yang bulat dan bertubuh montel.

Menerusi muatnaik terkini di Instagram, Dayah berkongsi sebuah video tiktok dimana personaliti televisyen itu menggunakan kaki anaknya sebagai “senapang”. Kongsi beliau lagi menerusi ruangan caption, beliau mengambil tanggungjawab untuk melatih Fahri apabila suaminya tiada.

Gelagat Dayah bersama anaknya itu cukup mencuit hati warganet. Manakala Fahri pula kelihatan redha dengan perangai “masuk air” ibunya itu dengan hanya ketawa dan tersenyum sahaja melayani lakonan tiktok ibunya.  Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen di ruangan Instagram Dayah.

Berjauhan dengan suami ketika sedang sarat mengandung dan saat melahirkan cahaya mata adalah satu perkara yang sangat sukar dilalui oleh seorang isteri. Setahun merupakan tempoh yang sangat panjang.

Melihat Dayah dan anaknya kini melalui kehidupan baru di Australia bersama suaminya dengan gembira cukup membuatkan para peminat beliau terharu dengan perkembangan terkini dirinya dan juga tumpang gembira untuk kehidupan baru beliau.

Sumber: ig dayahbakar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!