“Sepatutnya Ameena yg pergi school dah 4 tahun, adui bingung sy family ni” – Netizen

Sejak kerajaan memberikan kelonggaran untuk beberapa sektor ekonomi beroperasi, aktiviti sosial turut sama kembali rancak. Sesi persekolahan juga sudah kembali dibuka sejak awal Mac yang lalu. Para ibu bapa juga kembali melakukan rutin harian menghantar dan mengambil anak kesekolah. Tidak melepaskan peluang untuk turut menghantar anak kesekolah ialah Dato Aliff Syukri dan Datin Shahida.

Berkongsi pengalaman mereka menerusi satu muatnaik terkini di Instagram, Dato Aliff berkata walaupun mempunyai jadual yang sibuk dengan urusan perniagaan namun beliau tetap berkesempatan meluangkan masa untuk menghantar anak-anak ke sekolah sempena hari pertama mereka kembali ke sekolah.

Anak beliau Yusof sudahpun memulakan persekolahan di peringkat tadika. Kebetulan pula pengasuh yang menjaga anaknya Yusof sudah berhenti kerja disebabkan itu lah beliau juga mengambil tanggungjawab untuk memandu kenderaan dan menghantar kesemua anak-anaknya sendiri ke sekolah masing-masing.

Bercerita lanjut mengenai Yusof, walaupun hanya berusia hampir 3 tahun Yusof sudahpun memulakan sesi persekolahannya hari ini. Menurut Dato Aliff lagi, beliau menyangka anaknya Yusof itu akan bersedih kerana perlu pergi kesekolah namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila Yusof dilihat sangat teruja dan tidak sabar untuk ke sekolah.

Malahan Dato Aliff pula yang kelihatan agak sedih untuk berpisah dan melepaskan anak bongsu lelakinya itu ke sekolah.

https://www.instagram.com/tv/CMzeQShp62B/?igshid=fhw6807m96s2

Video berdurasi selama 2 minit itu memaparkan Dato Aliff dan Datin Shahida bersama-sama menghantar anak-anak mereka kesekolah yang di mulakan dengan menghantar Ammar, Khadijah dan Baem terlebih dahulu. Kemudiannya barulah Dato Aliff dan Datin Shahida bersama-sama menghantar Yusof ke tadika.

Kehadiran Yusof di sambut oleh guru-guru tadika dengan mengamalkan SOP ketika musim pandemik. Yusof dilihat sudah tidak sabar lagi untuk bersama rakan-rakan yang lain bermain di dalam tadika sehingga tidak menangis langsung setelah berpisah dengan ibu dan bapanya.

Bagaimanapun ketiadaan anak angkat kepada Dato Aliff dan Datin Shahida di dalam video tersebut iaitu Ameena menarik perhatian dan menjadi persoalan daripada netizen. Ameena sudahpun berusia 4 tahun dan sewajarnya Ameena juga turut sama di masukkan ke tadika sepertimana Yusof.

Lantaran itu warga maya mula mempertikaikan mengenai layanan yang diberikan oleh pasaangan ini kepada anak angkat mereka. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh netizen apabila menonton video yang dikongsikan oleh Dato Aliff Syukri itu.

Seeloknya kita tunggu sahaja penjelasan lanjut daripada pasaangan ini terlebih terdahulu sebelum terburu-buru menghukum. Pelbagai kemungkinan boleh terjadi.

Mungkin ketika hari persekolahan Ameena tidak sihat dan disebabkan itulah Ameena tidak turut serta ke sekolah bersama adik beradiknya yang lain. Atau mungkin sahaja Ameena bersekolah di lokasi yang lain. Jadi kita nantikan sahaja respon Dato Aliff dan Datin Shahida terhadap isu ini.

Sumber: ig aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!