“Syg dia kt mommy dia tu, baju tersepit pun blh wat drama air mata”- Netizen

Pemilik nama Aqeef Anaqi ialah anak sulung kepada pasngan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin. Memiliki akaun Instagramnya sendiri dengan nama aqeefanaqi, sehingga kini pengikut Instagram di akaun si cilik ini telahpun mencecah 722 ribu orang pengikut. Aqeef Anaqi dilahirkan pada15 Oktober 2017 dan buah hati sulung kepada pelakon drama Nur ini telah beberapa kali tercalon dalam Anugerah Meletop Era dalam kategori si cilik meletop kerana mempunyai raut wajah yang comel.

Gelagat, keletah manja dan lucu Aqeef sering dimuatnaik oleh Amyra mahupun Amar menerusi Instagram mereka membuatkan para peminat geram dengan kecomelan yang dimiliki oleh anak pasngan tersebut.

Masih teringat lagi doa makan yang dibaca oleh Aqeef sambil menangis teresak-esak yang dimuatnaik oleh ibu bapanya di Instagram. Video bacaan doa penuh syahdu itu dimuatnaik oleh Amyra dengan caption bahawa anaknya itu terlalu sedih kerana menjamah makanan yang terlalu sedap.

Video tersebut begitu tular dan membuatkan para peminat mereka merasa simpati namun terhibur dengan gelagat Aqeef. Kini Aqeef sudah semakin membesar dan menginjak usia 4 tahun pada tahun ini.

Menerusi satu video terkini di Instagram Amyra, beliau memuatnaik sebuah rakaman video yang menunjukkan beliau membuat helah dengan mengusik anaknya Aqeef Anaqi. Di permulaan video tersebut Amyra mengatakan beliau tidak dapat bergerak dan terpaksa tidur di dapur kerana baju kelawar yang dipakai olehnya tersepit di celahan pintu.

Anaknya Aqeef pula bercadang untuk meminta bantuan bapanya namun Amyra tidak mahu anaknya itu mngalkan beliau seorang diri di dapur.

Walau insiden tersebut amat mencuit hati namun para peminat yang menonton video tersebut merasa agak terharu kerana ketika diminta untuk tidur seorang diri dan membiarkan ibunya tidur di dapur Aqeef mula menangis kerana tidak mahu berpisah dan mngalkan ibunya keseorangan.

Melihatkan Aqeef mula memanggil bapanya dengan rasa geram, Amyra mula kasihankan Aqeef dan berkata beliau tahu apa yang perlu dilakukan. Amyra membuka pintu dan menarik kain baju tersebut menerusi celahan pintu.

Aqeef kembali tersenyum namun terus memeluk ibunya. Aqeef dipujuk semula oleh Amyra kerana masih bersedih tidak mampu “menyelamatkan” ibunya.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut merasa sangat terharu dengan sikap Aqeef yang sangat penyayang kepada ibunya.

Walaupun video tersebut agak lucu kerana usikan Amyra terhadap anaknya namun warganet berkata mereka turut bersedih melihat Aqeef yang menangis teresak-esak diusik oleh ibunya itu. Berikut beberapa komen yang ditinggalkan oleh para peminat terhadap video tersebut.

“Allahu tengok cara dia panggil daddy kenapalah daddy lambat sangatttt kenapa daddy niii anaqi bilank kesian anaqi. terikut tau nangis dia rasa ndak mampu tolong mummy sooo caring semoga dipelihara dunia akhirat anaqi jd anak soleh tau” – Netizen

“yaa allahh anaqiiiiiiiiiiiiiiii anaak manjaaa mommy sangat laaaa dia nii part paling comellll daddy dady help mmy” – Netizen

“Nak ikut nanggis pun ada tngk Anaqi nanggis…” – Netizen

“Jahatlaa mummy. dilema anaqi sian kat mommy tapi tak nak tido kat dapur. so, “Watchu i do?”” – Netizen

“Haha, kesian Abang kena prank dkt mommy dia. Sedih sgt2 dia tgk mommy dlm kesusahan.. Seorang anak yg baik” – Netizen

“Lembutnye hati dye.. Xleh tgk mommy dye cry.. Mommy pn kuat ngusik eh.. “ – Netizen

“Kesiannye Kecik Kecik da stress Anaqi” – Netizen

“Handsome aqif anaqi ni serupa dengan daddynya, sedih tgk video ini minta tolong mammy kain tersepit kat pintu.” – Netizen

“Halah2…nasib awk laa anaqi..dpt mummy pelakon..comel sgttt..anaqi xtau apa nk buat,,nk tlg mummy dia…” – Netizen

Lakonan Amyra dalam drama pendek tersepit baju begitu pun sudah begitu meyakinkan sehingga menangis teresak-esak Aqeef dibuatnya. Mana mungkin tidak, bukan sahaja Aqeef malahan ibu Aqeef mampu membuatkan para peminat menitiskan air mata menyaksikan lakonan beliau kerana ibu Aqeef seorang pelakon yang sangat berbakat. Nasib baik kat hujung tu Aqeef dah boleh ketawa semula. Comel betul Aqeef kena usik dengan ibunya.

Sumber: Instagram aamyra rosli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!