“Siapa nak belajar mengaji”- Fazura

Penghijrahan beberapa selebriti popular tanah air amat memberikan inspirasi kepada para peminat mereka. Salah seorang yang menjadi inspirasi buat ramai wanita di luar sana untuk turut berhijrah adalah pelakon jelita Nur Fazura. Fazura mula berhijrah pada tahun lalu. Setelah berhijrah, Fazura mengeluarkan jenama tudung beliau sendiri dan mempunyai para stokis dan pengedar tersendiri.

Baru- baru ini, Fazura mengumumkan bahawa beliau bakal menganjurkan konsert Faztival Fazura 2022 yang bakal diadakan pada 11 September depan.

Fazura memasang niat mengadakan konsert tersebut untuk meraikan peminat, stokis dan ejen rasmi iaitu Fazura Besties yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam jualan.

Dalam pada itu, konsert yang di adakan pada bulan September itu juga sebenarnya dianjurkan sempena sambutan ulang tahun drinya yang ke-39 pada 27 September depan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram salah seorang stokis tudung Fazura, stokis berkenaan memuatnaik satu video yang merakamkan gelagat Fazura ketika mencuba mengayakan tudung labuh.

Gelagat Fazura ketika mengayakan tudung labuh tersebut menerima usikan dengan jolokan ustazah daripada para peminat ketika video berkenaan di rakamankan.

Fazura yang sentiasa ramah melayani para peminat beliau  kemudiannya melayan usikan peminat tersebut dengan melakonkan watak seorang ustazah dan dengan bertanyakan sesiapa yang mahukan beliau untuk mengajar mengaji.

Fazura yang secara spontan berseloroh ketika itu melayani usikan peminat membuatkan para peminat turut tertawa apabila mendengarkan gurauan berkenaan.

Menjengah keruangan komen, rata- rata peminat memuji gaya selebriti jelita tersebut apabila mengayakan tudung labuh. Kejelitaan Fazura juga kelihatan sangat menyerlah setelah memakai tudung berkenaan.

Apatah lagi pula sekiranya benar- benar menjadi Ustazah dan mengajar mengaji. Pasti ramai yang tidak ingin ketinggalan untuk menyertai kelas mengaji yang di anjurkan pelakon jelita itu.  Berikut di kongsikan komen – komen netizen.

Memetik komen Netizen sebelum ini berkata Fazura seorang yang sangat bijak menjawab soalan daripada para netizen dengan cara yang spontan dan kelakar.

Gelagat Fazura ketika bersiaran secara langsung juga sering menarik hati netizen. Fazura yang petah bercakap itu juga gemar mengusik dan bergurau bersama para penonton ketika beliau mengadakan siaran langsung untuk mempromosikan barangan perniagaannya.

Sumber : ig fazura_topstokis

Artikel ini di sediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!