“Kesian Pak Azad steady pergi keja bawak anak-anak”- Netizen

Setiap dari ibu bapa yang bekerjaya, pasti ada masa untuk pasangan tersebut membahagikan masa bersama anak-nak yang tercinta. Yelah, sesibuk mana pun kita, anak-anak perlu diberi perhatian, risau pula nanti mereka akan rasa seperti kekurangan kasih sayang dan perhatian dari orang tua mereka. Paling kurang, hujung minggu luangkan masa bersama mereka.

Tapi, iainya akan menjadi lebih susah apabila kedua ibu bapa mereka merupakan artis yang jadulanya tidak menetu. Weekend pun kena kerja tau, lagi kalu kalau dua-dua mak ayah mereka artis. Macam manalah nak bahagi masa dengan anak-anak.

Siapa yang kenal Pak Azad, sudah pasti anad juga cukup mengenali isterinya iaitu Eira Syazira. Mereka berdua merupakan pasangan suami isteri artis sama juga seperti yang artis yang lain. Mereka kini sudah dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Ada dimuat naik video Pak Azad dan anak-anak yang seperti mengikuti sebuah rombongan. Bukan rombongan apa, Cuma Pak Azad terpaksa membawa anak-anaknya mengikuti program Era Tour bersama-samanya.

Bak kata Pak Azad, beginilah kalau isteri pun sama-sama ada job pada hujung minggu, kelakar betul tengok gelagat anak-beranak tu beratur naik bas. Siap bawak botol susu anak oi, tak menahan nak gelak je dibuatnya.

Pak Azad pun duk bebel-bebel kata isterinya juga busy, jadi terpaksalah bawak anak-anak join Era Tour, yelah dekat rumah siapa nak tolong tengokkan, anak pun masih lagi kecil. Adoi, sabar jelah Pak Azad oi, nak buat macam mana, demi kerja.

Part yang lagi lucu, setelah beliau memberikan anaknya botol susu, dan nak naik tangga bas. Bak kata netizen, duk menghentak kaki time naik tangga tu sebab nak tunjuk tanda protes ke ? HAHAH, kelakar betul lah perangai.

Pak Azad seperti yang kita ketahui seorang yang sangat lucu. Bila dah timbul hal sebegini, memang auto lucu lah jadinya. Ada juga dimuat naik video Pak Azad menjelaskan mengapa beliau membawa anaknya ke tour tersebut.

Bak kata Pak Azad isterinya mengatakan “Takkanu nak suruh I bawa anak pergi sh0oting? Nak suruh masuk scene sekali ke ?” Ramai yang terhibur dengan gelagat mereka tu. Takpalah, at least dapat luang masa dengan family, ikut daddy pergi tour.

Sumber : Ig Era.je

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!