“Sian mummy kandung 9 bulan last2 muka Nanna, ala Korea gitu”- Netizen

Bunga ElHaq Uzair Haqimy merupakan anak perempuan dan cahaya mata sulung kepada pasangan pelakon dan pengarah Elisya Sandha dan Uzair Haqimy. Uzair Haqimy merupakan anak lelaki kepada pelakon dan penerbit Shiela Rusly. Nama Bunga sendiri merupakan nama pilihan yang di cadangkan sendiri oleh Sheila Rusly buat pasangan berkenaan. Rata- rata warganet juga memuji keunikan nama Bunga ElHaq.

Kehadiran Bunga ElHaq cucu sulung perempuan itu sememangnya di nantikan oleh mereka sekeluarga memandangkan Sheila tidak mempunyai anak perempuan.

Pasangan sama cantik sama padan itu mendirikan rumahtangga pada 21 Ogos tahun lalu dan selamat melahirkan bayi perempuan tersebut pada pertengah bulan Jun tahun ini.

Kini Bunga sudahpun berusia 5 bulan. Wajah Bunga yang comel sentiasa menarik perhatian para netizen yang cukup gemar melihat gelagat dan telatah bayi tersebut yang di layani dengan penuh kasih sayang oleh Shiela bersama suaminya Jinggo.

Shiela Rusly dan suaminya Jinggo atau lebih mesra di sapa sebagai Tok Sidang juga mengucapkan syukur dan berkongsi rasa teruja menimang cucu sulung mereka itu. Shiela juga gembira menerima ahli baharu dalam keluarganya itu.

Menerusi perkongsian terbaru Shiela Rusly di Instagram, beliau memuatnaik satu video yang memaparkan wajah terbaru Bunga yang sudahpun memasuki usia 5 bulan.

Wajah terbaru Bunga di katakan semakin mirip wajah beliau yang memiliki wajah ala- ala chin3se look dan mempunyai mata yang agak sepet.

Bunga sebenarnya mempunyai wajah yang saling tidak tumpah seperti wajah bapanya Uzair Haqimy. Mata Bunga sebijik mata daddy dia. Anak Daddy betul la Bunga ni ya.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen berkata Bunga sudah semakin membesar dan sangat comel. Malahan wajah terbaru Bunga juga jelas kelihatan wajahnya yang mirip dengan bapanya Uzair.

Namun begitu ada juga dalam kalangan warganet yang berkata wajah Bunga juga seiras benar dengan wajah neneknya Shiela Rusly. Warganet juga memuji wajah comel Bunga yang manis dengan senyuman. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Kehadiran puteri sulung dalam keluarga menambah seri dalam kehidupan mereka sekeluarga. Bertuahnya Bunga El Haq ni ya. Lahir dalam keluarga yang penuh dengan kasih sayang.

Mudah- mudahan Bunga membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa membanggakan kedua ibu bapanya kelak.

Sumber: Instagram Sheila rusly

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!