“Macam Tomok zaman New Boyz la ekk Dayyan” – Netizen

Kata orang ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi bukan? Kebanyakan anak-anak sedikit sebanyak pastinya akan mengikuti tingkah dan jejak langkah orang tua mereka. Jika biasanya kita hanya melihat watak ibu bapa mereka, sekali sekala melihat anaknya pula pastinya comel saja. Macam anak kepada penyanyi popular, Bl4ck Hanifah bernama Dayyan ini…

Lihat saj4lah gaya anak beranak ini beraksi untuk merakamkan lagu. Bl4ck siap menunjukkan kaedah melantunkan suara dengan ton yang diharapkan dan mampu diikut baik anaknya itu.

Rupanya Dayyan pun dah boleh saing dengan daddy ya… Apa pun tak kurang netizen yang memberikan respons terhadap perkongsiaan Bl4ck itu. Yang pasti ramai yang suka dan teruja melihat bakat Dayyan.

Tak payah susah-susah nak bayar guru vokal, bapaknya saja pun dah boleh ajar. Sudah tentu itu men1nggalkan kenangan manis buat Dayyan. Bukan ramai budak seusianya mampu ke ‘depan’.

“Mcm tomok zmn Newboyz la ekk dayyan”, “Suara Bapaknya Diidolakan Semalaysia..”, “Fuyooo yang ni memang valel laaaa”, “Well done Dayyan..”, “Hebat Dayyan”, “perangai la kau ni.. nasib dia ikut je ckp bapak dia hahahaha”. Itu antara komen netizen.

Jika mengikuti perkembangan Bl4ck, memang biasa dirinya kadang berperangai ‘masuk air’ sikit. Apa pun setakat ini nampak Dayyan sporting saja mengikut telunjuk baik daddy nya itu.

Untuk info, Bl4ck atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah mengecap nama sebagai penyanyi selepas bergelar juara musim ketiga rancangan realiti Mentor, juga hasil anak didik penyanyi dangdut, Mas Idayu.

Bl4ck mendirikan rumah tangga pada 2013 dengan Naquia Yasirah Mohd Khairi . Mereka dikurniakan cahaya mata, Khaleef Dayyan pada 2015 dan Rindu Dayyana pada 2018.

Tampak sempurna betul kehidupan Bl4ck dengan sepasang anak ni. Comel juga bila Dayyan mahu mengikut jejak langkahnya. Jika dengar suaranya ini memang boleh pergi jauh.

Begitupun perjalanan hidup masih panjang. Pasti banyak perancangan Bl4ck bagi mengharapkan yang terbaik buat anak-anaknya itu. Mana tahu ini langkah pertama Dayyan untuk sepentas dengan bapanya nanti.

Sumber : IG Bl4ck Hanifah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!