“Sazzy Melayu Minang tapi muka nampak mix” – Netizen

Lazimnya orang yang mempunyai latar belakang keluarga berd4rah campuran dilihat lain daripada biasa. Ini termasuklah bila orang Melayu kahwin campur. Anak hasil daripada perkahwinan itu dikatakan lebih helok parasnya. Nak pula campur dengan baka mat salih, lagilah mereka ‘diangkat’. Itu termasuklah dalam kalangan artis seperti dikongsikan pelakon dan pengacara Sazzy Falak ini.

Menarik hantaran video Sazzy tentang rakan-rakannya juga artis yang merupakan ‘produk’ kahwin campur. Begitupun ada juga yang baharu tahu Sazzy rupanya berd4rah Melayu Minang.

Menariknya ramai tak menjangka kerana ingat Sazzy juga berd4rah kacukan. Maklumlah sekali imbas daripada wajah dan perwatakannya, macam anak celup dengan omputih pun ada kan…?

“super coolest girl gang”, “Most of malay in malaysia r not pure malay”, “Sazzy (melayu minang )tapi muka nmpk mix”, “Legenddddd babeeeee”, “Love kakak2 celepets”. Itu antara respons netizen di ruangan komen.

Kebanyakannya mereka memang agak ketara juga wajah kacukannya jika diperhatikan secara fizikal. Itulah kelebihan hasil perkahwinan campur. Mereka jugalah biasa jadi pilihan pihak iklan komersial.

Apa pun menariknya Sazzy dan rakan-rakannya kebanyakannya yang lahir pads 80-an itu memperlihatkan betapa rapatnya hubungan mereka tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa seperti dikongsikan Sazzy.

Kalau anak BBNU sekarang macam mana? Sazzy juga seakan melahirkan harapan agar generasi sekarang mengelakkan kebencian satu sama lain apatah lagi jika terdapat perbezaan seumpamanya.

Terdahulu pastinya dia menyarakan sedemikian susulan negara baharu saja selesai musim mengundi. Benar juga apa kata Sazzy bukan… janganlah dek perbezaan warna kulit dan fahaman, jadi porak peranda pula.

Selain berlakon, Sazzy atau nama sebenarnya Sazlini Shamsul Falak, 42, acap menjadi pengacara antaranya program Beat TV. Dia juga dikenali selepas berlakon sebagai watak Shasha dalam filem dan siri drama televisyen Gol & Gincu.

Gamaknya asyik berabuk cakap omputih, tu yang ramai ingat Sazzy ada bau-bau bacang dengan saudara dari Barat tu… Apa pun campuran d4rah kita, semua sama saja, yang penting sama-sama jaga negara kita kan…?

Sumber : IG Sazzy Falak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!