“Ci0m puas2 mommy, nanti dah hiilang bau baby, bau basyamm pulak” – Netizen

Mempunyai bayi kecil sememangnya menggembirakan terutama ibunya. Selain sayang dan kasih, ada sesuatu keajaiban pada si kecil itu yang buat wanita yang melahirkannya akan selalu melekat padanya. Video memperlihatkan gelagat selebriti, Raja Ilya ketika bersama bayinya yang diberi nama, Talita Love ini antara yang membuktikan kebenaran tentang kenyataan tersebut. Mesti ramai ibuk-ibuk kat luar sana macam ni kan…

Mana tidaknya, kalau dah dapat civm anak kecil ni memang macam susah sangat nak dilepaskan. Ibarat walaupun dan civm dari hujung kaki sampai hujung rambut pun masih tak puas.

Biarpun tampak lucu, tapi ramai netizen yang mengakui apa dilakukan Raja Ilya ini memang benar-benar berlaku pada ramai dalam kalangan ibu di luar sana. Boleh g1an dibuatnya kalau dah civm bayi ni.

Agak mencuit hati, apabila ramai yang mengakui bau-bau macam baby tulah yang susah dilepaskan oleh golongan ibu. Lihat saj4lah aksi dikongsikan Ilya ini. Dari tapak kaki, per0t, kepala, pipi… habis ‘dikerjakannya’.

Lucunya last sekali kena ‘kentut’. Tu pun memang ibu-ibu takkan marah-marah baby. Bahkan lega pula sebab anaknya dah keluarkan angin. Jadi taklah meragam perut tu nanti…

“Suka cibm mulut dorang masa baby especially masa dorang menguap tu…”, “Bau masham pas bgn tidur n peluh² lagi syurrr sis..”, “Yeah I know the smell..masam2 sedap..it’s heaven smelling it”, “Hahaa.. betul tau boleh jadi gian”. Itu antara kat netizen.

Terdahulu dalam perkongsiannya dengan media, Ilya mengakui rasa bersalah kerana sebelum ini semasa zaman bujangnya pernah terfikir memiliki anak adalah agak menyusahkan dan mengganggu rutin hidup.

Pun demikian selepas melahirkan cahaya mata perempuan, Talita Love pada 1 Julai lalu, pandangannya berubah. Apa dirasakannya adalah nikmat tak terhingga apabila sudah bergelar ibu.

Walaupun rutin hidup berubah, terpaksa bangun tengah malam menjaga bayinya itu selain bentuk badan tak seperti sebelumnya, akui Ilya dia cukup seronok melalui pengalaman tersebut.

Untuk info, Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari Australia, Garrett pada Disember 2018 dan kemudian di mengikuti suaminya itu berhijrah ke Perth. Moga perkongsian Ilya memberi inspirasi pada ibu muda lain di luar sana.

Sumber : IG talitalovegarrett

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!