“Shaheizy Sam takkan kena tidoq hotel sampai beranak” – Syatilla Melvin

Besarnya pengorbanan seorang ibu. Tatkala ibu mengandung alami loya atau rasa kurang selesa ketika hamil, itu salah satu perkara yang biasa dilalui kebanyakkan wanita yang bakal bergelar ibu. Ramai ibu mengandung alami alahan pada awal kehamilan. Dan pelbagai jenis alahan bergantung pada si ibu. Jaangan terkejut, ada juga sebahagian ibu mengandung mengalami alahan yang luar biasa.

Seperti pelakon Syatilla yang sedang hamil cahaya mata ketiga, beliau mengalami alahan yang luar biasa dan jarang sekali berlaku pada ibu-ibu mengandung.

Syatilla berkongsi pengalamannya menerusi salah sebuah posting di Instagram dengan mendedahkan, dirinya mengalami alahan dan rasa loya apabila melihat hiasan rumahnya sendiri.

Pendedahan Syatilla itu telah membuatkan sebahagian netizen lain turut berkongsi situasi mereka mengalami alahan yang sama seperti Syatilla. Bukan itu sahaja, pelbagai jenis alahan yang dilalui ibu mengandung mengikut diri mereka masing-masing. Oleh kerana itu juga, pengorbanan ibu perlu dihargai oleh anak-anak.

“Ada kawan saya mengidam nak makan nasi dkt rumah orang, lg sedap dr makan dkt rumah sendiri”- Netizen

“Sama lah, skrg dok rumah mak je ni, balik rumah sendiri tgok pagar terus loya”- Netizen

Posting video Syatilla memakai produknya bersama kapsyen yang ditulis itu telah mencuri tumpuan netizen.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Syatilla dan titip doa buat Syatilla serta kandungannya.

Syatilla sebelum ini telah mengalami keguguran sebanyak tiga kali. Dan kali ini, Syatilla telah mengumumkan berita kehamilannya baru-baru ini di Instagram.

Syatilla kena berhati-hati lepas ni, tak boleh lasak-lasak macam sebelum ni. Jenuh Sam nak kawal Syatilla dan baby baru nanti hehe..

Sumber: Instagram Syatillamelvin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!