“Sewa bulanan pun boleh, 16k je” – Dato Aliff Syukri

Dalam tempoh pemulihan negara ini, kerajaan masih menetapkan untuk kita mengikuti perintah kawalan pergerakan dalam negara. Disebabkan oleh itu, banyak usahawan dan peniaga-peniaga kecil agak tertekan kerana tidak dapat mengumpul keuntungan seperti dahulu dan ada juga terkesan sehingga terpaksa menghentikan perniagaan mereka buat sementara. Ada juga yang terpaksa menjual aset yang ada demi kelangsungan hidup masing-masing.

Begitu jugalah dengan usahawan dan jutawan tempatan kita, Dato’ Aliff Syukri. Walaupun beliau kelihatan sangat berjaya dengan punyai aset-aset yang mahal, namun beliau merasakan perniagaannya tetap terkesan dengan wab4k yang melanda seluruh dunia ini.

Kita sudah ketahui Dato’ Aliff Syukri punyai pelbagai aset mewah dari segi perabot, kenderaan dan sebagainya. Beliau juga punyai sebuah rumah kndominium mewah yang terletak di tengah bandar Kuala Lumpur. Baru-baru ini, beliau berkongsi hasrat beliau untuk menjual rumah kndominium beliau itu.

https://www.instagram.com/tv/CSjPSPgJRDU/?utm_medium=copy_link

Di dalam video tersebut, kndominium tersebut kelihatan sungguh mewah dan beliau menjual rumah tersebut termasuklah dan perabot-perabot didalamnya dengan harga promosi iaitu 5.9 juta.

Beliau juga berkata sebelum ini terdapat seorang warganegara luar menyewa rumah beliau dan membayar sewa bulanan sebanyak rm25 ribu. Namun, sekarang Dato’ Aliff berkata bahawa jika ada sesiapa berminat untuk menyewa rumahnya itu beliau menurunkan kadar sewanya menjadi rm16ribu sebulan.

Ramai netizen yang agak terkejut dengan harga promosi yang diberikan Dato’ Aliff. Mungkin kerana harga yang diberikan jauh dari kemampuan kebanyakan netizen.

Terdapat juga netizen yang mencadangkan kepada Dato’ untuk menyimpan rumah tersebut untuk kegunaan anak-anaknya dimasa akan datang namun Dato’ membalas komen tersebut dengan berkata perniagaan tidak berapa menguntungkan buat masa sekarang ini tambah pula ekonomi negara juga agak merosot jadi kerana itulab beliau harus lepaskan apa aset yang yang ada.

Sememangnya semua golongan tak kira yang kaya atau miskin tetap akan terkesan dengan wabak cvd ini. Semua golongan terpaksa bertungkus lumus dengan lebih lagi untuk kelangsungan hidup masing-masing dan mengisi keperluan dan kehendak masing-masing.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!