“Pak azad oh Pak Azad, ada hati nak jadi Anuar Zain”- Eira Syazira

Gelagat keluarga Azad Jasmin atau dikenali dengan Pak Azad tidak pernah gagal menghiburkan netizen. Ada sahaja video yang melucukan dikongsi oleh Pak Azad atau dari isterinya sendiri, Eira Syazira menerusi laman Instagram mereka. Secara umumnya, ramai mengetahui Pak Azad adalah seorang pelakon dan pelawak. Siapa sangka, Pak Azad juga antara peminat kepada penyanyi Anuar Zain.

Malah, penampilan terbaru Pak Azad yang berambut panjang hampir menyerupai Anuar Zain. Seperti yang ramai tahu, Anuar Zain sinonim dengan penampilannya yang berambut panjang.

Baru-baru ini, video lucu Pak Azad dimuatnaik di laman Instagram isterinya. Gelagat lucu Pak Azad dirakam oleh Eira sehingga cetus gelak tawa mereka sekeluarga. Pak Azad menceriakan lagi suasana apabila cuba bernyanyi ala-ala Anuar Zain.

Video Azad mencuri tumpuan rakan-rakan artis antaranya Nabila Huda, Yatt Hamza dan Zizan Razak. Komen Zizan dibalas oleh Pak Azad.

Video tersebut telah ditonton sehingga 200 ribu tontonan. Ruangan komen juga dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada netizen.

“Pak Azad ni tak sah tak lawak, ada je benda dia nak buat org gelak, haha sumpah lawak part ni”- Netizen

Alahai Pak azad, sehari tak sah kalau tak buat lawak. Eira pun menahan je perut nak gelak hehe

Sumber: instagram Eirasyazira

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!