“Setiap malam terjaga, tengok fon dan pintu bilik u” – Dato AC

Setiap pasangan yang sudah hidup bersama beberapa tahun lamanya pasti mahu mereka tidak terpisah sekalipun. Susah senang biarlah berdua. Inilah tanda cinta antara dua insan yang sangat ikhlas untuk bersama dan menerima seadanya pasangan mereka. Bukan senang untuk seseorang itu menjumpai seorang yang dapat menyayangi kita dan sekaligus menerima baik bur0k kita seadanya.

Siapa tidak mengenali selebriti terkenal dari dahulu hingga kini iaitu Dato’ Ac Mizal. Beliau bukan sahaja punyai bakat dalam berlakon, tetapi juga dalam nyanyian, pengacaraan, komedi dan hos radio. Dengan pengalaman beliau dalam industri sejak tahun 1991, beliau sudah kenali selok belok industri ini dengan lebih tepat.

Seperti semua ketahui beliau telah bersama dengan isteri beliau iaitu Datin Emylia Rosnaida sejak tahun 2002 dan dikurniakan sepasang anak iaitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.

Namun ramai yang tidak ketahui bahawa Dato’ Ac Mizal adalah seorang yang sangat menyayangi isterinya itu.

Di dalam laman ig beliau, beliau sering berkongsi beliau dan keluarga beliau. Keakraban beliau dan isteri sangat membuat netizen suka melihat hubungan harmoni mereka.

Baru-baru ini, dikatakan di dalam laman ig beliau bahawa isterinya terkena jangk1tan cvd dan perlu diku4rantin di bilik lain di dalam kediaman mereka.

Di dalam laman ig itu beliau berkata beliau sangat merindui isterinya walaupun duduk serumah tetapi tidak bersemuka kerana isterinya harus diku4rantin. Beliau berkata setiap kali terjaga malam beliau akan melihat pintu bilik isterinya dan merindui isterinya itu.

Rakan-rakan artis juga turut mendoakan Datin Emylia cepat sembuh dan ramai juga netizen yang meminta Dato’ bersabar atas ujian ini.

Seorang suami itu pasti mahu isterinya berada dalam keadaan selamat dan sihat. Begitu juga lah Dato’ Ac Mizal yang sentiasa mendoakan kesejahteraan isterinya dan sentiasa menjaga isterinya supaya cepat sembuh.

Sumber : instagram emyliadac

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!