“Wow Janna dah mula bak4r lemaak” – Netizen

Tahulah raya di negara kita ni ‘sebulan’. Mesti ramai dalam kalangan kita yang masih sibuk beraya. Sana-sini ramai yang masih bermurah hati menganjurkan majlis rumah terbuka. Syukurlah rezeki untuk dikongsi bersama. Begitupun, dalam menghadap makanan yang sedap-sedap tu, jangan lupa kawal badan dan lebih penting jaga kesihatan. Pelakon popular, Janna Nick ni antara boleh jadikan contoh ya…

Tak tunggu lama untuk memastikan keadaan fizikal dan kesihatannya tetap utuh dan padu, tanpa mengambil masa Janna kembali memenuhkan masanya dengan work out.

Lihat dia berpeluh-peluh dengan melakukan aktiviti sihat itu pun, mesti ramai yang hendak mengikut jejak langkahnya kan… Ya lah… ramai yang ‘balas d3ndam’ makan lepas bulan puasa hari tu bukan…

Sebaiknya usahlah begitu. Bersederhana pun cukup, malah yang lebih penting dapat memastikan kita mengikut syariat dan mendapat ganjaran berpuasa. Dalam masa sama dapat fadilat menjaga diri dan tubuh badan.

Menariknya, ramai pula di ruangan komen di perkongsian hantaran Janna itu yang mengakui masih mood beraya yakni makan-makan, begitupn kagum dan terinspirasi dengan Janna yang sudah kembali menjaga senaman.

“Kita blm start lg la janna…”, “kipidap dongipap”, “mcm nk start tpi hri hri keluar raya cane ni aduu hahahaha ni pun tgh beraya wak”, “Wow janna dh mula bak4r lemak, akk masih beraya lagi”. Itu antara komen netizen.

Sebelum ini, melihat tubuh badannya yang ramping bak kerengga memang ramai wanita di luar sana yang cemburu dengan Janna. Jika diikutkan k3kasih kepada aktor, Dini Schatzmann ini memang seorang yang aktif termasuk dalam sukan perlumbaan.

Begitupun, tidaklah semua yang indah-indah belaka. Janna sebelum ini pernah berkongsi antara masalah utamanya ialah bahagian pahanya yang yang agak besar atau ‘drumstick’.

Justeru Janna memang melakukan senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah itu. Berkongsi di maya, kata wanita berusia 26 tahun ini antara yang dilakukan dengan senaman regangan kaki.

Selain itu, Janna juga melakukan senaman mengangkat pinggul dan berjalan atas mesin treadmill. Benarlah kata orang’ beauty is pain’ ya… Ha… nak cantik macam Janna ni kena bersusah-susah sikit dan jangan malas-malas ya…

Sumber : IG Janna Nick

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!