“Dah jadi abah, automaatik kain lampin atas bahu”- Netizen

Populariti Neelofa dan suaminya Haris semakin melonjak lebih-lebih lagi sejak kelahiran anak sulung mereka baru-baru ini. Hadirnya anak sulung milik pasangan bahagian ini yang diberi nama Muhammad Bilal telah menjadi perhatian netizen. Ramai netizen tidak sabar untuk melihat wajah Bilal yang masih dirahsiakan oleh Neelofa dan suaminya.

Neelofa dan Haris memilih untuk merahsiakan wajah anak mereka dahulu memandangkan anaknya masih kecil lagi. Dan sebolehnya tidak mahu menunjuk wajah bilal kepada umum terlebih awal.

Walau bagaimana pun, Neelofa ada juga berkongsi video suaminya sibuk menguruskan Bilal manakala Neelofa pula masih dalam proses berpantang.

Video Haris mendukung Bilal beserta kapsyen ‘Abah & Bilal’ yang ditulis Neelofa dikongsi di Instagram Story telah dimuatnaik semula di salah satu Instagram peminat Neelofa.

Rata-rata netizen memberi komen berasa teruja dan tidak sabar untuk melihat wajah Bilal nanti. Populariti Bilal juga kemungkinan boleh setanding ibu bapanya memandangkan netizen sendiri masih menanti-nantikan foto wajah Bilal yang pertama.

Netizen juga masih berteka-teki wajah Bilal sama ada lebih mirip kepada ibunya atau bapanya.

Dalam pada itu, posting video Haris mendukung Bilal telah menerima tontonan 526,000 tontonan sejak dimuatnaik Sabtu lalu.

“Sayang bilal anak soleh cepat2 muncul ya, mesti comey bilal ni, geram nengok si kecik tu tak nampak muka”- Netizen

Ramai netizen juga mendoakan kesejahteraan buat Bilal dan Neelofa yang masih dalam proses berpantang. Semoga ibu dan anak dalam keadaan yang baik ye.

Ramai masih tertunggu-tunggu foto pertama Muhammad Bilal. Mesti handsome macam abah dia.. Harap Neelofa boleh reveal wajah Bilal tak lama lagi, tak sabar ini.

Sumber: Instagram lofa.page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!