“Seraamnya tengok”- Netizen

Destinasi percutian yang terkenal di seluruh Malaysia sudah mula menerima kehadiran pelancong tempatan selepas kerajaan membenarkan sektor pelancongan beroperasi dan terbaru, semua rakyat Malaysia sudah boleh merentas negeri. Setelah sekian lama duduk di rumah, rakyat Malaysia mula menyerbu semua destinasi pelancongan terutamanya Pulau Langkawi. Pulau Langkawi antara yang pertama dibuka buat pelancong-pelancong tempatan.

Tidak terkecuali, ramai golongan selebriti juga telah mula bercuti ke Pulau Langkawi termasuklah Tiz Zaqyah.

Lebih menarik lagi, percutian Tiz bersama rakan-rakannya menjadi perhatian netizen kerana mereka berpeluang menaiki kapal mewah di Pulau Langkawi.

Namun, beberapa netizen memerhatikan posting Tiz di Instagram apabila melihat pelakon cantik ini dan rakannya masing-masing tidak mematuhi SOP.

Mereka kelihatan tidak menjaga penjaarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka di atas kapal mewah tersebut berkemungkinan kerana cuaca yang panas.

Posting Tiz telah menerima 22,000 tanda suka dan pelbagai reaksi daripada netizen di ruangan komen.

Ada juga sebahagian netizen teruja melihat Tiz bercuti di atas kapal mewah sambil menikmati pemandangan Pulau Langkawi.

Seronoknya kalau dapat bercuti dekat Pulau Langkawi, boleh naik kapal mewah macam Tiz hehe. Korang dah bercuti ke belum tu lepas dah boleh rentas negeri ni?

Sumber: Instagram Tizzaqyah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!