“Disaat org lain blh merentas negri pergi kemana2, sy merentas cara sy” – Dato Seri Vida

Pemergian seseorang yang rapat akan memberi impak besar kepada kita. Sama ada ia akan membuat kita merubah jadi lebih baik atau membawa kita ke dunia kemurungan. Namun, sebagai seorang manusia, kita harus redha dengan pemergian seseorang itu adalah satu hikmah dan kita yang masih hidup ini jangan terus mengalah dalam meneruskan kehidupan seperti biasa.

Sesebuah dugaan itu akan dilalui oleh setiap insan. Termasuklah usahawan terkenal, Dato’ Sri Vida yang diduga akan pemergian dua orang anaknya di dalam sebuah tr4gedi pada masa dahulu. Sebagai ibu, kehiilangan kedua orang anaknya pasti memberi kesan yang sangat mendalam kepada beliau.

Walaupun telah melalui dugaan kehilangan anak-anaknya, beliau tidak berputus harap dan terus berusaha demi masa depan anak-anaknya yang masih ada iaitu Cik B dan Kacak.

Sekarang, rakyat Malaysia yang sudah mencukupi 2 dos vaks1n telah dibenarkan untuk merentas negeri. Jadi Dato Sri Vida mengambil kesempatan ini untuk menziarahi kubuur arwh kedua anaknya

Baru-baru ini, Dato’ Sri Vida berkongsi sebuah video dimana beliau menziarahi kubuur anak-anaknya.

Dilihat di dalam video tersebut, Dato’ Sri Vida tidak dapat mengungkap rasa rindunya kepada kedua-dua arwh dan mendoakan moga kedua arwh ditempatkan di syurga tertinggi.

Netizen juga ramai yang sebak melihat video tersebut kerana merasai akan rasa sebuah kehilangan seorang anak. Pelbagai kisah juga dikongsi di dalam ruangan komen menceritakan perasaan mereka yang sedih melalui dugaan perginya seorang anak yang tidak akan kembali lagi.

Bukan senang untuk melalui dugaan seperti apa yang dilalui Dato’ Sri Vida. Kehilangan orang yang kita paling sayang mampu membuatkan iman kita goyah untuk bersabar dan menerima qada dan qadar.

Semoga Dato’Sri Vida terus pandang ke depan dan redha dengan segala yang terjadi padanya.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!