“Semualah terbaik, esp gadis prompter tu” – Fara Fauzana

Pada waktu sekarang ni, ramai pekerja termasuklah majikan telah mula bekerja dari rumah. Begitu juga buat industri hiburan tempatan, sebahagian penggambaran program secara live seperti contoh, Melodi boleh dilakukan di studio namun penggambaran lain seperti drama dan filem tidak dibenarkan setakat ini. Sudah tentu, penggambaran yang terpaksa diberhentikan buat sementara telah menjejaskan pendapatan ramai golongan selebriti dan juga krew di belakang tabir.

Di sebalik pandemik yang sedang berlaku ketika ini, pelakon Nabila Huda telah menerima tawaran sebagai pengacara bagi rancangan hiburan Melodi. Rezeki yang baik buat Nabila Huda.

Malah dengan norma baharu ini, Nabila yang baru mengendalikan rancangan Melodi perlu membuat segala persiapan studio dengan sendirinya dengan bantuan anak perrmpuannya dan beberapa krew belakang tabir.

Kesungguhan Nabila dalam menjayakan program Melodi telah membuatkan ramai netizen kagum dengan hasil kerja Nabila yang bukan sahaja sebagai seorang pengacara malah hasil kerja kreatifnya menghiasi ruangan studio untuk Melodi.

Nabila berkongsi video pengalaman setiap minggunya bersama program Melodi menerusi laman Instagram. Bagi Nabila, ia adalah satu pengalaman baru buat dirinya sebagai seorang pengacara merangkap juga sebagai team teknikal dan team kreatif. Tiga kerja dalam satu masa buat Nabila, hebat betul.

Bukan itu sahaja, Nabila sentiasa dibantu oleh suami dan anak perempuannya. Beliau juga sering bekerjasama dengan beberapa krew.

Dalam ada itu, ruangan komen dipenuhi kata-kata positif daripada netizen buat Nabila. Mereka cukup teruja dan kagum dengan hasil usaha dan multitasking Nabila sebagai pengacara Melodi di zaman norma baharu ini.

Bagusnya Abil buat kerja, ini baru artis yang sememangnya multitasking dan tak berkira soal kerja. Contoh yang baik untuk semua artis lain.

Sumber: instagram kupu_kupu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!