“Dah joget2 tu senang la nanti beranak normal kan”- Netizen

Kemanisan alam rumahtangga bagi pasangan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat dan Nabil Mahir sejak diijabkabulkan pada 1 Januari lalu bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka akhir bulan September ini. Seperti mana pasangan lain, mereka juga cukup teruja bercampur gementar menantikan detik kelahiran cahaya mata itu apatah lagi ini merupakan pengalaman pertama menjadi ibu dan bapa.

Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat sepatutnya melahirkan anak sulungnya pada 8 Oktober depan.Bagaimanapun, beliau membuat keputusan untuk memilih kaedah kelahiran secara czer menyebabkan Ayda perlu melahirkan bayi sulungnya dua minggu lebih awal daripada tarikh sebenar.

Keputusan Ayda Jebat untuk melahirkan secara pembdahan bagaimanapun telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen kerana pelakon itu mengakui bahawa beliau tidak mempunyai sebab tertentu atas pemilihan kaedah kelahiran secara pembdahan berbanding secara normal.

Pelantun lagu Pencuuri hati itu bagaimanapun menerima kec4man dan seraangan daripada netizen hanya kerana berkongsikan kepada umum pilihannya yang mahu bersalin secara pembdahan. Netizen menyifatkan Ayda bukanlah ibu sebenar kerana tindakan penyanyi itu yang menolak untuk bersalin secara normal kerana tidak mahu melalui rasa saakit ketika meneran.

Menerusi perkongsian terkini, Ayda telah memuatnaik sebuah video beliau dan suaminya mempromosikan produk keluaran Maggi. Ayda dan suami dilihat menari lagu- lagu popular daripada Korea sebagai promosi pr0duk berkenaan.

Ayda berkata mengambil nasihat doktor beliau cuba untuk aktif bergerak dan menjadikan gerakan tarian berkenaan sebagai senaman tambahan baginya yang kini sedang sarat hamil.

Namun gerakan tarian Ayda yang agak lincah di dalam video berkenaan menyebabkan segelintir netizen agak risaukan keadaan Ayda yang sedang sarat mengandung itu.

Bagaimanapun ada juga netizen berkata mereka jangka Ayda mampu melahirkan anak secara normal apabila melihatkan kelincahan Ayda sedang menari. Menariknya Ayda telah membalas komen netizen berkenaan dengan pandangan beliau. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen terhadap perkongsian Ayda itu.

Ayda meluahkan rasa kesyukuran beliau dengan kehidupan beliau yang telah bergelar seorang isteri kepada Nabil. Tenang menjawab segala kritikan, penyanyi itu berkata tidak kisahlah cara kelahiran secara normal atau czer, tujuannya adalah sama iaitu mahu ibu serta anak dalam kandungan selamat dan sihat.

Sumber: ig ayda jebat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!