“Semoga saya pun ada rezeki nak belikan parents kereta besar macam ni”- Netizen

Alangkah gembiranya hati kita sebagai seorang anak tatkala melihat senyuman gembira ibu bapa. Setiap anak-anak pasti ingin membahagiakan ibu bapa mereka. Itulah salah satu impian besar yang ingin dilakukan oleh seorang anak untuk membalas jasa kedua-dua orang tuanya. Selain mencapai kejayaan, memberi hadiah paling bermakna juga antara satu penghargaan daripada anak buat ibu bapanya.

Begitulah yang dilakukan oleh selebriti Nana Mahazan apabila beliau berhasil menghadiahkan sebuah kereta berjenama Proton X70 buat ibu bapanya baru-baru ini.

Nana sendiri memberitahu, beliau sudah merancang untuk memberi hadiah buat ibu bapanya dan rancangannya itu smaa sekali tidak disedari orang tuanya.

Malah Nana sanggup tunggu lima bulan untuk mendapatkan kereta tersebut meskipun jangka tempoh menunggu yang lama.

Jelas Nana lagi, video kejutan buat ibu bapa kesayangannya itu dikongsi bukan bertujuan untuk menunjuk. Perkongsian video berkenaan hanya sekadar berkongsi kegembiraan bersama pengikut-pengikutnya di Instagram dan sekaligus menjadi inspirasi buat semua.

Tidak dinafikan, ramai netizen yang menonton video Nana cukup teruja melihat kesungguhan Nana menggembirakan ibu bapanya.

Netizen juga meluahkan hasrat untuk melakukan perkara yang sama seperti Nana lakukan buat ibu bapanya.

Dalam pada itu, video Nana yang dikongsi di Instagram baru baru ini telah ditonton sehingga 100,000 tontonan dan dipenuhi dengan pelnagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata netizen memuji sikap baik hati Nana yang mengenang budi dan jasa ibu bapanya. Siapa saja yang tidak mahu bahagiakan orang tua kan? Pasti kita mahu melihat senyuman kegembiraan ibu bapa kita..

Semoga kita semua dimurahkan rezeki untuk bahagiakan mak ayah ye, amin..

Sumber: Instagram Nanamahazan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!