“Walaupun dekat sawah bendang, tetap kena letops”- Che Ta

Ke mana saja pelakon Rozita Che Wan pergi, pasti ramai orang menyedari kehadirannya. Rozita Che Wan atau dikenali dengan Che Ta ini sentiasa tampil bergaya di mana-mana saja. Dari jauh mesti dah cam Che Ta dengan penampilannya yang sentiasa vogue meskipun usia sudah hampir 50 tahun. Wajah Che Ta pun kelihatan awet muda, cantik dan bergaya.

Siapa sangka, Che Ta juga amat teliti dalam menjaga pemakanan hariannya. Paling diutamakan sayur-sayuran dalam makanan harian Che Ta. Patut lah Che Ta serba cantik dan langsing, pemakanannya pun sangat dijaga.

Malah Che Ta juga masih menerima tawaran berlakon dan masih aktif menjadi pelakon meskipun sudah lanjut usianya. Usia bukanlah penghalang buat Che Ta untuk tampil aktif dalam bidang lakonan sehingga kini.

Bukan setakat berlakon jer, Che Ta pun giat aktif menjalankan bisnes miliknya. Betul-betul kuat semangat Che Ta ni..

Baru-baru ini, Che Ta berkongsi sebuah foto di laman Instagramnya. Foto Che Ta di tepi sawah menjadi perhatian netizen apabila kelihatan Che Ta bergaya sakan walaupun di bawah terik cahaya matahari.

Ramai netizen mengusik Che Ta menerusi ruangan komen tatkala melihat gelagat Che Ta itu. Memang jarang sekali kita nak tengok Che Ta pakai yang simple kan..

Sementara itu, foto Che Ta yang dikongsi itu telah menerima hampir 5,000 tanda suka dan Laman Instagram Che Ta juga kini lebih dipenuhi dengan perniagaan tudung miliknya.

Bagus tengok Che Ta aktif betlakon dan aktif berniaga, memang tak duduk diamChe Ta ni hehe.. Semoga Che Ta maju jaya, amin..

Sumber: Instagram Rozitachewan1

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!