“Macam Vaalak tapi versi cantik”- Netizen

Selain Neelofa, adiknya iaitu Ameera Khan atau dikenali sebagai Little Miss Khan cukup popular dalam kalangan netizen. Ibarat menerima ‘tempias’ populariti kakaknya, Ameera juga mempunyai pengikutnya sendiri di laman sosial media. Tidak dinafikan, Ameera mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Neelofa sehinggakan ke mana saja Neelofa berada pasti Ameera turut ada sama.

Seeprti yang ramai lihat, Ameera mempunyai kehidupan yang begitu mewah sehinggakan pelbagai barang berjenama mahal menjadi pilihannya. Di Instagramnya juga sudah terbukti banyak beg, aksesori dan baju berjenama yang sudah dimiliki.

Ameera sentiasa berkongsi fotonya bersama barang berjenama terkemuka di laman Instagram sehinggakan menjadi perhatian ramai.

Malah baru-baru ini, Ameera berkongsi satu foto bersama beg tangan mewah berjenama YSL. Paling tidak, harga sebuah beg tangan itu pun sudah cecah ribuan ringgit.

Lebih menarik perhatian netizen lagi apabila Ameera tampil dengan imej yang hampir menyerupai hntu V4lak menerusi filem barat The Nun.

https://www.instagram.com/p/CV0E6amhpsR/?utm_medium=copy_link

Ameera yang kelihatan berpakaian serba hitam membuatkan ramai netizen ‘taakut’ melihatnya. Tapi kali ini, Valaak versi cantik bak kata netizen.

Foto Ameera yang menyerupai imej V4lak itu hanya bertujuan untuk mempromosikn beg tangan berjenama YSL itu. Namun, imej Ameera lebih mencuri tumpuan ramai.

Ameera yang baru berkongsi gambar berkenaan beberapa jam yang lalu telah menerima 19,000 tanda suka dan pelbagai respon daripada pengikutnya.

Untungnya Little Miss Khan ada semua barang berjenama mewah, bukan sikit harganya tu. Semua cecah ribu-ribu tu..

Sumber: Instagram littlemisskhan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!