“Tak paanas kan nok” – Netizen

Beberapa hari yang lalu, para peminat serta followers Instagram Janna Nick dikejutkan dengan status Janna yang penuh dengan persoalan. Masakan tidak, status Janna yang seakan-akan sedang melangsungkan acara pertunangan bersama dengan pilihan hati telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai. Siapa saja yang tidak tertiipu dengan penampilan Janna yang berkain songket warna biru itu.

Ternyata sangat manis Janna apabila mengenakan pakaian sedemikian. Jauh berbeza dengan penampilannya sehari-hari. Ramai netizen yang mengucapkan tahniah kepada Janna kerana menganggap bahawa Janna akhirnya melangsungkan pertunangannya.

Namun, terdapat sebilangan warganet juga yang langsung tidak tertipu dengan Janna walaupun Janna muncul dengan pakaian songket yang cukup tradisional. Warganet mengatakan bahawa Janna yang sering muncul di media dengan pakaian yang singkat sudah tentu tidak akan mengenakan songket sewaktu bertunang.

Rupa-rupanya status serta kemunculan Janna dengan kain songket ini adalah bertujuan untuk mempromosikan produk pencuci whitefluff. Janna yang merupakan duta kepada produk whitefluff menjalankan satu penggambaran untuk tujuan pengiklanan.

Pasti ramai yang tertipu dengan foto perkongsian Janna beberapa hari yang lepas kan? Bermacam-macam spekulasi timbul mengenai Janna. Tapi memang tidak dapat dinafikan bahawa Janna kelihatan sangat manis apabila mengenakan kain songket. Dah nampak seperti permaisuri sehari.

“Terjawab la persoalan. Terima kasih atas doa yang baik-baik,” ujar Janna dalam ruangan caption video perkongsiannya tersebut setelah memuatnaik satu video persandingan bersama-sama dengan Shukri Yahaya. Sempat juga Janna ‘sh0ot1ng’ di bendang ala-ala wayang hindustan.

Menurut Janna, produk whitefluff akan mengeluarkan produk yang baru dan pendaftaran ahli untuk menyertai group whitefluff adalah sangat terhad.

Video perkongsian Janna ni tetap juga mendapat sebanyak 327,462 tontonan serta 378 komen. Kebanyakan warganet memuji kelebihan serta kebaikan produk whitefluff manakala yang lain tetap tidak terlupa untuk memuji kecantikan semulajadi Janna.

“Cuci muka pun lawa you,’ ujar salah seorang followers Janna dalam ruangan komen.

Bagaimana pula dengan korang? Tipah tertipu juga ke dengan foto perkongsian Janna beberapa hari yang lepas? Ke korang memang tak percaya dengan status Janna? Hehehe..apa-apapun, jangan lupa untuk kongsikan komen anda dalam ruangan komen ye.

Sumber: Instagram Janna

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!