“Seminggu syg tak masak”- Memey Suhaiza

Indahnya sebuah perkahwinan. Perkahwinan juga antara kebahagiaan yang dapat dirasai oleh setiap pasangan suami isteri dan kehadiran cahaya mata juga menambahkan lagi seri dalam kehidupan berumah tangga. Secara umumnya, ramai sudah mengenali pasangan selebriti yang cukup romantik ini iaitu Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Pasangan romantik ini tampak lebih romantik meskipun sudah mempunyai cahaya mata.

Kehidupan rumah tangga mereka sentiasa dikongsi oleh Norman dan Memey menerusi Instagram mereka. Ramai pengikut Norman dan Memey sering mengikuti perkembangan selebriti kesayangan mereka tersebut di laman sosial media.

Baru-baru ini, Norman telah memuatnaik video lucu yang menunjukkan dirinya menyakat isteri kesayangannya selepas menerima vaksin dose kedua. Gelagat Norman menyakat isterinya ternyata mencuit hati ramai netizen selepas melihat mimik muka Memey yang kelihatan ‘marah’ itu.

Lebih menghiburkan apabila komen yang ditinggalkan Memey menarik perhatian ramai apabila gelagat Memey untuk tidak mahu masak seminggu. Habislah abang norman tak dapat makan seminggu hehe..

Video yang dikongsi Norman itu juga mendapat perhatian daripada rakan artis yang lain termasuklah pelawak Zizan dan Dynas Mokhtar.

Tidak terkecuali, netizen juga mngalkan komen dan rata-ratanya tidak sangka Norman rupanya seorang yang suka menyakat isterinya.

“Kesian mummy terperanjat, kalau kami terperanjat macam tu kami smackdown laki semula haha”- Netizen

“Hahaha berdekah tengok abg norman sakat kak memey, kelakar muka memey terkjut”- Netizen

Seronok tengok pasangan bahagia Norman dengan Memey ni. Walapun dah ada tiga orang cahaya mata, tetap romantik macam baru lepas kahwin hehe.. Semoga pasangan romantik ini bahagia hingga jannah.

Sumber: Instagram Normanhakim_786

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!