“Anaqi cuba berlakon jd budak2 yg kesian tu, so brp bintang nak kasi” – Amyra Rosli

Akan ada anak-anak kita yang pasti akan mengikut jejak kita. Seperti peribahasa ‘mana tumpah kuahnya kalau tidak ke nasi’, begitu jugalah salah seorang anak-anak kita yang akan mengikuti kita dari segi kreativiti, minat dan sebagainya. Jika ibu atau bapa yang suka akan seni, pasti ada antara anaknya juga suka juga pada seni.

Kita sudah kenali pasangan pelakon tempatan kita iaitu Amyra Rosli dan Amar Bahrin yang telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa. Amyra dan Amar sering berkongsi perkembangan anak-anak beliau di dalam sosial media.

Pada tahun ini, Aqeef Anaqi sudah berusia 4 tahun dan beliau dilihat semakin bijak dalam berkata-kata dan juga dalan ragamnya. Beliau juga kelihatan seperti sudah meminati untuk mencuba berlakon mengikut jejak ibu bapanya.

Baru-baru ini, Amyra berkongsi sebuah video dimana Anaqi mencuba untuk melakonkan watak budak yang

Di dalam video tersebut, kelihatan Anaqi bersungguh melakonkan watak sedih itu sehingga mengeluarkan air mata. Ibunya yang sudah kata ‘cut’ pun Anaqi masih lagi menghayati watak tersebut.

Menurut Amyra, mereka sekeluarga banyak menonton filem sedih baru-baru ini dan itu yang membuat Anaqi berminat untuk mencuba melakonkan watak sedih seperti dalam cerita yang ditontonnya.

Netizen kebanyakannya sangat terhibur melihat gelagat Anaqi yang sangat bijak melakonkan dan menghayati watak sedih. Ramai juga yang mengakui bahawa wajah Anaqi sangat mengikuti air muka bapanya iaitu Amar Bahrin. Ada juga yang berkata minat dalam lakonan ibu bapa Anaqi sudah diwarisi pada Anaqi.

Begitulah anak-anak kita. Mereka berkemungkinan sentiasa melihat perkara kita suka lakukan dan akhirnya perkara itu sedikit sebanyak telah menjadi minat kepada mereka.

Namun kita sebagai ibu bapa harus dingati kita janganlah memaksa anak-anak untuk minat perkara yang mereka tidak minat. Kerana setiap anak itu minatnya lain-lain dan mereka boleh berjaya jika mereka bersungguh dalam perkara yang mereka minati.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!