“Pengadil tak adil, ada patut muka comel mcm ni bg markah sikit” -Netizen

Nur Dhabitah Binti Sabri merupakan seorang penerjun negara yang semakin menyerlah. Jika sebelum ini beliau sering di bayangi Pandelela Rinong namun kini namanya semakin menyinar setelah menyertai pertandingan sukan di Olimpik Tokyo. Beliau telah berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir sukan berkenaan semalam namun akhirnya tewas untuk merebut pingat apabila disenaraikan di tempat ke empat.

Walaupun tidak berjaya untuk membawa pulang pingat buat negara, namun menurut penerjun muda itu beliau tetap merasa gembira kerana berjaya meraih pengalaman berharga dalam pertandingan berkenaan.

Baru-baru ini Malaysia baru sahaja menempa kejayaan dalam sukan badminton apabila berjaya membawa pulang pingat gangsa pertama negara. Pingat gangga berkenaan dimenangi oleh beregu lelaki negara iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik semasa aksi penentuan tempat ketiga.

Pasangan beregu n berkenaan telah menundukkan Mohamad Ahsan dan Hendra Setiawan dari Indonesia dalam perlawanan badminton yang berlangsung hamper satu jam di Musashino Forest Sport Plaza

Kejayaan pasangan beregu tersebut sekali lagi telah meletakkan legasi sukan badminton Malaysia sebagai antara yang menjadi penyumbang pingat utama sejak 2008.

Pasangan beregu badminton yang berada di kedudukan nombor sembilan dunia itu telah menepati sasaran negara yang meletakkan mereka antara sukan yang berpotensi meraih pingat dalam sukan olimpik kali ini.

Menerusi Instagram era.je, sebuah video yang memaparkan Nur Dhabitah telah ditemubual oleh seorang wartawan dikongsikan buat tatapan para pengikut sukan Olimpik kali ini. Wajah gadis genit berkenaan kelihatan sedih dan sempat menitiskan air mata semasa temubual tersebut dijalankan.

Wartawan bertanyakan perasaan beliau setelah pertandingan tersebut berakhir namun atlet berkenaan menjawab dengan positif bahawa beliau telah berjaya menghabiskan misi beliau di Olimpik Tokyo kali ini.

Sehingga kini video terbut telah menerima sebanyak 512,000 tontonan dan 1683 komen daripada para penonton. Netizen juga memujuk penerjun tersebut supaya jangan berputus asa dan mencuba lagi dalam pertandingan akan datang.

Tidak kurang juga yang memuji senyuman atlet tersebut yang kelihatan sangat comel walaupun dalam kesedihan. Netizen juga turut memuji sikap positif Nur Dhabitah dalam memberikan respon kepada wartawan semasa temubual dijalankan.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen tidak berpuas hati dengan markah yang diberikan oleh juri semalam. Netizen juga geram dengan juri kerana merasakan bahawa Nur Dhabitah telah membuat persembahan yang lebih baik daripada atlet lain namun tidak diberikan markah yang sepatutnya.

“X pe bitah nii bru permulaan…ape ig juri tuu….maybe die x kenal netizen Malaysia….kita top3 dlm kejohanan netizen dunia” – Netizen

“macam yang di jangka kan juri mesti bagi markah sikit, nak jugak bagi US tu pingat, China tu tak yah cakap laa kau tengok laa dia terjun air percik macam cicah biskut jer” – Netizen

“Tdi ad yang komen ‘ Alah korang yang maki2 ni xleh terima kekalahan pastu salahkan juri ‘ kalau kau hayati game malaysia memang kau akan saakit hati bila juri berat sebelah. Kalau pemain china tu tak yah ckp la boleh dpt emas dan perak tapi usa tu terjun lebih kurang sama tapi markah still lagi tinggi .. sape je x saakit hati .. hmmm apepun tahniah kau sebenarnye menang 3 .. sokay kami bangga “ – Netizen

“‘Walaupun saya xbawa balik pingat tapi saya xbalik dgn tangan kosong, saya bawa balik experience’ – Dhabitah. Experience tu yg mahal tu” – Netizen

“Nangis pun comel…. Malaysian proud of you kak dhabitah you’ve done a really great performance congratulations “ – Netizen

Jangan sedih- sedih Dhabitah, perjalanan masih panjang. Usia gadis tersebut baru sahaja mencecah 22 tahun pada 12 Julai yang lalu. Beliau masih mempunyai masa yang panjang untuk terus memperbaiki dirinya dan berjuang berebut pingat dalam kejohanan akan datang. Doa rakyat Malaysia sentiasa mengiringi beliau dan mendoakan kejayaan beliau.

Sumber : ig era.je

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!