“Sedihlah knp suami selalu xnak dengar dari isteri, why must listen to other party..sedih sedih” – Netizen

Slot MegaDrama di saluran astro sentiasa menampilkan drama-drama melayu yang berkualiti. Setelah drama sebelum ini iaitu Marry Me Senorita berakhir, slot tersebut digantikan dengan drama terbaru berjudul Rindu Awak Separuh Nyaawa dan mula ditayangkan pada 23 Mac yang lalu. Drama tersebut di bintangi beberapa pelakon terkenal seperti Uqasha Senrose, Shukri Yahaya dan Marsha Milan.

Beberapa wajah baru juga turut kelihatan menyerikan lagi drama ini termasuklah watak Qistina yang dilakonkan oleh seorang pelakon instafamous yang dikenali dengan nama Norren Iman.

Shukri Yahya sebelum ini terkenal dengan karakternya dalam drama 7 Hari mencintaiku dan watak beliau sebagai hero drama melayu begitu dekat dengan hati para peminat dan sentiasa menantikan buah tangan baru daripada beliau.

Menerusi muatnaik terkini di Instagram peminat drama tersebut episode malam tadi memaparkan bapa kepada Kasih Maisara iaitu Dato Raqib telah mngal dunia.

Apa yang lebih memeritkan apabila suaminya juga iaitu Nazril Nazim juga tiada disamping beliau untuk menemani dan menenangnya dirinya ketika menerima berita duka tersebut.

Hanya rakan karib Kasih Maisara iaitu Qistina dan Aidil bersama beliau untuk meminta Kasih Maisara bersabar dan bertenang dengan dugaan yang menimpanya. Sementara itu, kehilangan Nazril yang telah membawa diri mngalkan Maisara menjadi tanda tanya semua.

Sebelum ini, Nurul Huda nampak sering mendekati Nazrin sehingga telah mencetus pergaaduhan dalam rumahtangga mereka. Dari awal episod lagi, Huda sememangnya cintakan Nazrin tetapi tidak meluahkan perasaannya.

Episod semalam telah mencetuskan kemarahan penonton apabila Nurul Huda yang mengetahui perkahwinan maisarah dan Nazrin hanya satu percaturan antara maisarah dengan msuh ketatnya sally.

Nurul Huda telah menelefon Nazrin dan mencerita semuanya dengan niat yang tidak baik. Sebelum itu Qistina telah pun menjelaskan kepada Huda tentang cinta maisarah kepada suaminya. Apa sebenar niat Huda kan.

Ruangan komen juga dipenuhi luahan rasa sedih dengan episode yang bersiaran malam tadi berikutan beberapa knflik yang berlaku antara Maisara dan Nazril. Berikut beberapa komen yang di tinggalkan peminat.

Apa agaknya pengakhiran nasib Kasih Maisara dan juga Nazril Nazim. Sebagai peminat drama melayu pastinya para pemint mahukan pengakhiran yang gembira buat mereka berdua.

Nazril baru sahaja ingin memulakan hidup baru namun, setelah rakannya memaklumkan bapa Maisara mngal, Nazril mula serba salah. Semoga hubungan Kasih Maisara dan Nazril Nazim bertaut kembali dalam episode seterusnya.

Sumber: ig rinduawakseparuhnyaawa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!