“Dia plg excited, lompat-lompat dan nak jaga adik” – Tok Ti

Genap umat islam menyambut Ramadhan pada hari ketujuh, penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza telahpun selamat melahirkan anak kedua beliau. Perkara berkenaan telah dikongsikan oleh Tokti sendiri menerusi instagramnya. Teka-teki mengenai jantina anak kedua Tokti juga bukan lagi rahsia apabila Tokti juga telah memaklumkan mengenai jantina anaknya iaitu seorang bayi lelaki tidak lama dahulu.

Sekitar awal bulan Disember tahun lalu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pasangan Datuk Khalid telahpun membuat pengumuman mengenai kehamilan kedua Tokti. Kehamilan kedua itu sebenarnya telah dihidu lebih awal oleh para peminat apabila sebelum ini telah tular sebuah video Tokti bersama Aafiyah dimana Aafiyah menciium perut ibunya seolah-olah mempunyai “isi”.

Tokti turut mendedahkan bahawa kandungan kedua beliau ini merupakan kembar kepada Aafiyah. Bayi dalam kandungan beliau itu merupakan embrio yang terjadi pada hari yang sama dengan Aafiyah semasa beliau menjalani rawatan IVF 3 tahun yang lepas.

Menerusi saluran youtube Tokti turut berkongsi hasrat dan harapan yang amat besar buat anak lelakinya itu. Selain mengharapkan anak lelakinya itu menjadi anak yang soleh dan menjadi pemimpin, Tokti juga berdoa agar anaknya agar mampu menghafaz Al-quran dan mampu menjaga dirinya apabila sudah tua kelak.

Terkini menerusi Instagram peribadi, Tokti memaklumkan bahawa beliau telahpun dibenarkan keluar dari hspital dan sudah tidak sabar lagi untuk membawa adik Aafiyah itu bertemu dengan kakaknya. Menerusi sekeping gambar yang dimuatnaik, Aafiyah kelihatan memeluk erat adiknya itu.

 

Sudah tentulah Aafiyah teruja pertama kali bertemu dengan adik. Di ruangan caption gambar Tokti turut menyatakan bahawa Aafiyah adalah orang yang paling gembira dan seronok serta tidak sabar untuk menjaga adiknya.

Ruangan komen di gambar berkenaan dilimpahi ucapan tahniah dan juga doa daripada para peminat agar kedua-dua permata hati Tokti tersebut bakal mewarisi keperibadian seindah ibu mereka.

Mereka turut berharap supaya harapan dan doa Tokti terhadap anak-anak dimakbulkan. Berikut dikongsikan komen-komen yang diterima oleh para peminat beliau.

Buat masa ini Tokti masih berkongsikan nama penuh anak lelaki beliau namun hanya memberikan bayangan bahawa nama tersebut bakal bermula dengan huruf A. Tokti juga tidak lupa untuk menyelitkan doa kepada pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat supaya bersabar dan tidak berputus asa kerana tuhan lebih mengetahui waktu yang sesuai untuk mereka dikurniakan zuriat.

Sumber: ig ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!