“Sayunya”, Video nyanyian anak kapal KRI Nanggala 402 ini buat ramai sebak

Berita kehiilangan sebuah kapal selam milik Indonesia iaitu KRI Nanggala 402 cukup menggmparkan masyarakat ketika semua umat islam sedang menyambut bulan Ramadhan dan melakukan ibadat berpuasa. Kapal Selam buatan Jerman yang berusia hampir 42 tahun itu dikatakan telah hiilang daripada radar ketika melakukan latihan ketenteraan lebih dua hari lalu. Kapal selam tersebut telah membawa 53 orang kelasi kapal.

Negara jiran seperti Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat turut menghantarkan bantuan. Bagaimanapun lebih menghibakan apabila bekalan oksigen untuk kapal selam berkenaan dikatakan hanya mampu bertahan sehingga kelmarin.

Beberapa barangan dan serpihan dipercayai daripada kapal selam berkenaan telah ditemui dan bukti kukuh menunjukkan bahawa kapal selam berkenaan dalam fasa tenggelam.

Menurut media Indonesia, serpihan berkenaan tidak mungkin terapung sekiranya tiada tekanan atau keretakan pada kapal.

Kapal berkenaan akhirnya diisytiharkan sebagai sebuah kapal yang telah t33nggelam dan sekaligus meng0rb4nkan kesemua kelasi kapal berkenaan seramai 53 orang.

Berita yang begitu menyayat hati tersebut begitu terkesan kepada semua masyarakat kerana dikala ummat islam sedang membuat persiapan menyambut ketibaan syawal ahli keluarga mereka kehiilangan orang tersayang.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, sebuah video dimana para kelasi kapal berkenaan sedang menyanyi di dalam kapal selam membuatkan warga maya merasa sebak.

https://www.instagram.com/p/COE23Wghu-h/?igshid=kxoz0hawi1zw

Ruangan komen juga dipenuhi luahan rasa sedih dengan tragedi yang menimpa mereka.

Warga maya berkata bahawa mereka terasa begitu sayu mendengar nyanyian terakhir daripada para kelasi kapal tersebut dan mengucapkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mereka yang terlibat.

Setiap yang hidup pasti akhirnya akan menemui pencipta. Marilah kita sama-sama memberikan kata-kata semangat kepada ahli keluarga mereka yang terlibat.

P3mergian mereka sesungguhnya amat dicemburui semua kerana berlaku dalam bulan Ramadhan yg mulia dan mereka juga dalam keadaan sedang berbakti kepada negara.

Sumber: ig inaijari

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!