“Itukan sejadah kenapa dibuat main dgn hanya pakai pampers je” – Netizen

Walaupun kini telah bergelar jutawan produk kosmetik dan sibuk mengembangkan perniagaan namun isteri kepada pelakon lelaki popular Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin tidak pernah melepaskan tanggungjawab beliau sebagai ibu kepada dua orang anak kesayangan iaitu Syeriv dan juga Sarima. Kedua-dua anaknya itu sedang membesar dan memerluukan perhatian daripada beliau dan Sam.

Pandai membahagi masa mengurus rumahtangga membuatkan beliau menempah kejayaan menerajui perniagaan kosmetik Kekaasih bersama adik beradiknya hingga mendapat sambutan yang luar biasa. Kejayaan tersebut membuatkan Syatilla sememangnya layak digelar wanita besi.

Perihatin dengan sikap lasak anak-anaknya, Syatilla juga sering berkongsi video aktiviti dan perangai anak-anak di media sosial miliknya dimana memaparkan mengenai ragam mereka menerusi beberapa rakaman CCTV.

Video yang dikongsikan Syatilla kerap mencuri tumpuan, mana tidaknya boleh tahan lasak juga anak kepada pelakon aksi Shaheizy Sam ini beraksi di dalam rumah. Baru-baru ini juga tular video anak lelakinya berlari mermpuh adiknya Sarima hingga menyebabkan hidung adiknya itu berdrah.

Terkini menerusi muatnaik terkini Syatilla di Instagram, Syatilla telah menghadiahkan anak-anak beliau 2 helai sejadah. Sejadah tersebut di antara beberapa hadiah yang diterima Syatilla daripada para peminat dan rakan perniagaan beliau.

Melihat reaksi Syeriv dan Sarima yang gembira dan teruja mengangkat takbir menyebut “Allahuakbar” membuatkan Syatilla terharu. Sebagai seorang ibu, Syatilla pastinya mendoakan dan mengharapkan yang terbaik buat anak-anaknya.

Syatilla meluahkan hasrat agar sebolehnya anak-anak beliau yang sedang membesar itu mampu untuk sembahyang dan mengaji sebelum mencecah usia 7 tahun.

Beliau juga berkata beliau akan cuba memberikan contoh tauladan yang terbaik buat anak-anaknya kerana memahami anak-anak akan mencontohi apa sahaja sikap yang ditunjuk dan diajari oleh ibu bapa mereka.

Video yang dimuatnaik oleh Syatilla itu memaparkan anaknya Syeriv hanya memakai pampers tanpa berbaju. Bagaimanapun tingkah laku Syeriv tersebut telah mendapat teguran daripada netizen. Segelintir netizen menegur keadaan Syeriv ketika itu yang tidak berbaju dan hanya memakai pampers. Berikut dikongsikan komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen.

Anak-anak yang sedang membesar ada pelbagai ragamnya. Kadang-kala sebagai ibu bapa, Syatilla mungkin terleka dan terlepas pandang semasa memuatnaik video tersebut ke dalam media sosial.

Mungkin juga beliau kurang peka dengan sensitiviti netizen terhadap isu berkenaan. Anak lelaki dalam usia sebegitu memang begitu lah keletahnya. Sudah pasti penuh suka duka dalam membesarkan anak. Sabarlah Syatilla.

Sumber: Instagram samtilla

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!