“Diva bertemu diva, mcm mana la kalau dua org ni berjodoh kan, kecoh2” – Netizen

Kemunculan anak Dato Vida iaitu Cik B sebagai pelawak bersama kumpulan ABC di dalam pertandingan Muzikal Lawak Superstar meraih sambutan hangat daripada para penonton. Pemilik nama penuh Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin ini sememangnya seorang yang mempunyai gaya dan personaliti beliau yang tersendiri tanpa meniru orang lain. Nama beliau kini semakin dikenali dalam industri hiburan.

Gelagat beliau yang mencuit hati mengundang gelak tawa para penonton dan meraih pujian ramai. Kumpulan yang di anggotai oleh Cik B ini juga telah mendapat 5 bintang beberapa minggu sebelum ini. Walaubagaimanapun untuk minggu lalu juri hanya memberikan 3 bintang sahaja buat kumpulan ini.

Sebagai ibu, Dato Vida tidak berpuas hati kerana Cik B hanya memperolehi 3 bintang sahaja daripada para juri. Sebelum ini kumpulan ABC sering menjadi pilihan para penonton kerana sentiasa memberikan idea yang segar dan kelakar dalam persembahan lawak mereka.

Bagaimanapun untuk persembahan pada minggu kali ini menurut juri kumpulan berkenaan tidak menggunapakai tema lokasi yang diberikan oleh pihak produksi berkemungkinan besar menyebabkan markah terpaksa di potong.

Untuk minggu lalu, kumpulan yang bertanding dalam Muzikal Lawak Superstar perlu membuat persembahan bersama artis jemputan. Kumpulan ABC telah menjemput Diva Azwan Ali selaku artis undangan. Bagaimanapun kehadiran Azwan Ali kurang memberikan impak kepada persembahan kumpulan ABC sekaligus menenggelamkan persembahan kumpulan berkenaan kerana personaliti dirinya sendiri yang terlalu menonjol.

Merasa geram dengan tindakan Diva Azwan Ali yang terlalu “overshadow” dalam persembahan anaknya ketika persembahan dalam Muzikal Lawak Superstar itu, Dato Vida telah muatnaik sebuah video dimana beliau pergi berjumpa dengan Diva Azwan Ali untuk melepaskan kemaarahan dan rasa geram beliau terhadap pengacara kontroversi berkenaan yang menjadi punca prestasi persembahan Cik B dalam pertandingan tersebut merosot.

Melihat pertemuan Dato Vida dan Diva Azwan Ali yang saling membalas sindiran secara berhadapan menyebabkan para pengikut merasa teruja bak kata pepatah akhirnya buku bertemu ruas.

Mereka berdua saling bertegas dengan pendapat masing-masing. Melihatkan gelagat mereka berdua menyebabkan ada netizen yang mendoakan agar mereka berdua berjodohan. Berikut dikongsikan komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen.

“menjadi 2org ne bertembung” – Netizen

“Dato kawin je dgn diva AA jadi la diva la vida” – Netizen

“Mmg dh xbest layak la dh dpt 3 bintang..tu nasib ada bintang kalau xde langsung lah sedeyy” – Netizen

“Cincin tu kena tumbuk ngn diva aa nayeee hahahah “ – Netizen

“OK jer mlm smlm… Cuma x selit info pasal Langkawi smlm kan…. Tapi bukan bottom 3 pon…. OK la tu” – Netizen

“Weiii serius AQ lak tgok seram sejuk bila cikb basuh AA ni atas pentas” – Netizen

“Bagus korang berjodoh kan bagus “ – Netizen

“Elok deme berdua kahwin wei….” – Netizen

“Cincin tu kena muka diva AA masuk hspital terus” – Netizen

Susah juga jika Dato Vida bertindak untuk mempertahankan anaknya dalam setiap perkara. Berkemungkinan besar Cik B tidak akan merasa bebas untuk menimba ilmu dan belajar daripada kesilapan dirinya sendiri mahupun menerima teguran orang lain selepas ini.

Semoga teguran yang diberikan juri membuatkan kumpulan ABC akan menambahbaik persembahan mereka pada minggu akan datang.

Sumber: Instagram datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!