Gelagat suami Shiera mkn tak berhenti semasa review makanan buat netizen terhibur

Rasanya ramai yang masih belum “move on” dengan gelagat lucu Sharifah Shahira dan anak beliau Talisya semasa membuat persembahan nyanyian di pentas Famili Duo siaran saluran TV3 tempoh hari. Sharifah Shahira atau lebih mesra di sapa sebagai Shiera telah menyanyikan lagu Standing In The Eyes Of The World yang merupakan nyanyian asal oleh penyanyi Ella namun menggamatkan suasana dengan meniru aksi dan gaya manja Ella membuat persembahan di atas pentas.

Persembahan yang boleh diibaratkan seperti konsertnya sendiri itu cukup menghiburkan dan mengundang derai tawa dari penonton. Beliau seolah-olah bernyanyi sekadar untuk menghiburkan diri sendiri dan tidak mempedulikan tujuan asal sebagai peserta yang perlu bertanding dengan pasngan yang lain.

Shiera yang ketika itu bernyanyi bersama anaknya Tallisya begitu bersahaja di atas pentas, kelihatan Tallisya juga menahan ketawa dek kerana gelagat ibunya itu sehingga beliau tidak fokus untuk meneruskan nyanyian di atas pentas.

Untuk rekod, Sharifah Shahira mendirikan rumahtangga kali kedua bersama pelakon Ijoy Azahari yang juga merupakan anak kepada pelakon Maria Arshad. Mereka berdua berkenalan ketika sama-sama membintangi drama Mat Despatch dan dikurniakan 4 orang anak. Tallisya merupakan anak perkahwinan pertama beliau bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone iaitu Jatt.

Shiera yang kini merupakan penyampai radio masih lagi aktif dengan aktiviti seni. Beliau juga turut aktif di media sosial dan menjadikan platform berkenaan untuk beliau berkongsi apa sahaja rutin bersama peminat. Tidak ketinggalan beliau turut melakukan beberapa promosi produk mengikut permintaan pelanggannya.

Terkini Shiera telah muatnaik sebuah video untuk mempromosikan makanan korea, namun gelagat Ijoy semasa makan mencuri tumpuan netizen kerana seolah tidak menghiraukan isterinya yang sedang membuat promosi makanan tersebut. Ijoy hanya menumpukan perhatian kepada makanan dan begitu menikmati makanan korea tersebut dengan penuh berselera.

Gelagat Ijoy tersebut telah mencuri tumpuan netizen yang terhibur dengan tingkahlaku beliau semasa makan. Video yang berdurasi selama 2 minit 27 saat itu memperlihatkan aksi Ijoy yang tidak berhenti makan dengan penuh berselera dari awal hingga akhir durasi video tersebut.

Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh para peminat buat mereka.

“Couple paling sporting & paling best review makan…Suka tgk Kak Shiera ngn Abg Ijoy… Serasi sungguh…. “ – Netizen

“Rse bts eh.. Hahaha lawak lh kak shiera ni… Mcm mne lh rse bts tu ek” – Netizen

“Comel kak shiera ngan hubby..sempoiii” – Netizen

“Mkn sgguh syok tngok abg ijoy mkn ..” – Netizen

“Your hubby is the best. Every single food review, guy just eats his heart out” – Netizen

“Abg ijoy tu kalau bg review mkn x cakap apa pon xpa paham dah makanan tu sedap hahaha” – Netizen

“Abg ejoi kuat makan tp nape x pandai gem0k² eekk…” – Netizen

“adoiii aku duk tgk abg ijoi makan.kemain macam keretapi laju pas satu satu kemulut dia” – Netizen

“abg ejoy gak sempoi. peduli apaa janji makan ahahahaha” – Netizen

Berselera betul tengok Ijoy makan. Senang lah ya Shiera nak jaga suami yang jenis makan tak memilih ni. Semua boleh makan penuh selera pulak tu kalau dapat makan. Memang sesuai sangat buat review makanan kalau macam ni.

Sumber: ig shieraijoy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!