Didakwa menunjuk pakai cincin besar2, DSV tidak teragak2 pakai cincin piring astro lps ni

Emas dan kaaum hawa ibarat sahabat baik. Emas merupakan perhiasan yang menjadi kegemaran buat para wanita sejak daripada dahulu lagi. Kini ramai menyedari kepentingan menyimpan emas lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang kurang memberansangkan sekarang. Buat para usahawan, ini adalah masa untuk mereka menceburkan diri dalam bidang perniagaan emas memandangkan permintaan terhadap emas yang kian meningkat.

Buat usahawan Dato Vida, beliau juga mengambil peluang untuk mula berniaga emas. Kedai emas dengan nama Telaga Emas DSV itu kian mendapat sambutan dan Dato Vida juga sering mempromosikan barangan kemas keluaran syarikat beliau menerusi platform media sosial.

Menerusi hantaran terkini di instagram, beliau berkongsi sekeping gambar kisah mengenai barangan kemas bersaiz besar yang dipakai olehnya mendapat perhatian daripada sebuah blog popular. Menurut blog tersebut, beliau di label sebagai no class apabila memakai barangan kemas bersaiz besar.

Terkini Dato Vida telah tampil memberikan maklumbalas terhadap isu tersebut. Dato Vida berkata sekiranya beliau mampu untuk memiliki dan menggayakan barangan kemas bersaiz besar mana mungkin beliau memilih untuk memakai barangan kemas bersaiz kecil pula.

Bercakap soal kemampuan, Dato Vida sememangnya mampu untuk memiliki perhiasan dan barang kemas yang bersaiz besar besar. Jika suatu barangan kemas bersaiz besar dan tebal sudah pasti harga barangan kemas tersebut juga mahal.

Tambahan pula beliau berniaga barangan kemas jadi perkara berkenaan tidak menjadi suatu isu besar untuknya. Jika boleh, selepas ini beliau berminat untuk memakai barangan kemas bersaiz piring astro pula.

Sebagai peniaga emas tidak hairan lah jika beliau memakai perhiasan tersebut untuk mempromosi dan melariskan barangan kemas milik beliau. Setiap orang mempunyai minat dan citarasa mereka tersendiri. Ada wanita yang tidak gemar barang kemas yang besar dan berat namun begitu ada juga yang mempunyai minat seperti Dato Vida.

Respon Dato Vida itu mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikut beliau. Umum mengetahui Dato Vida suka menjadi tumpuan dan sukakan perhatian.

Jadi tidak hairanlah beliau gemar menggayakan barangan kemas yang bersaiz lebih besar untuk menarik perhatian orang ramai sekaligus membuka peluang untuk beliau turut sama mempromosikan barangan kemas milik syarikatnya. Berikut dikongsikan komen-komen netizen terhadap tindakan Dato Vida.

Kesimpulannya ukurlah baju di badan sendiri. Untuk Dato Vida, beliau sememangnya mampu jadi apa salahnya beliau nak melaram di samping berniaga. Tambahan pula barangan kemas boleh dijadikan simpanan masa hadapan.

Jika suatu hari nanti menghadapi masa terdesak, barangan kemas juga bakal menjadi penyelamat. Tiada salahnya membeli dan memakai emas mengikut kemampuan diri sendiri.

Sumber: Instagram datoserivida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!