“Berdekah betul Danial jd Ustaz Ebit Lew, juri gelak smp keluar ayaq mata” – Netizen

Salah satu program komedi di saluran astro iaitu Muzikal Lawak Superstar sudah sekian lama telah ditangguhkan kerana terpaksa akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan apabila k3s positif C0v1d19 di Malaysia naik dengan mendadak awal tahun lalu. Kini setelah mendapat kelonggaran dan kebenaran oleh pihak kerajaan, program berkenaan telah bersiaran kembali malam tadi dengan perlaksanaan SOP yang ketat.

Para peserta bagaimanapun tetap perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan dimana mereka perlu melakukan ujian calitan atau Sw4b Test bagi mengelakkan sebarang jangkitan dan penularan baru C0v1d19 dalam kalangan peserta.  Tidak ketinggalan buat kumpulan Heart yang di anggotai oleh Danial Lawak Solo, Ezad Lazim dan Azmi Caliph Busker.

Sebagai peserta dalam program Muzikal Lawak Superstar musim kedua kali ini, mereka perlu sentiasa mencari kelainan tambahan pula mereka merupakan antara peserta “senior” berbanding peserta lain kerana telah menyertai program Muzikal Lawak musim pertama.

Menjadi antara kumpulan pilihan dalam pertandingan itu, persembahan kumpulan ini sentiasa dinantikan oleh para peminat yang menggemari gelagat lucu yang di persembahkan oleh mereka bertiga.

Menerusi Instagram astrogempak beberapa buah gambar dan video sekitar persembahan beberapa kumpulan yang bertanding malam tadi ini telah dikongsikan buat tatapan para peminat.

Video kumpulan Heart yang di anggotai oleh Danial Lawak Solo, Ezad Lazim dan Azmi Caliph Busker mencuri perhatian warganet kerana ramai yang pecah perut menyaksikan persembahan mereka malam tadi.

Danial yang meniru watak dan suara Ustaz Ebit Lew mengguna pakai tagline Ustaz Ebit dengan menyebut “semuapun Allah Sayang” membuatkan para juri ketawa sehingga mengalirkan air mata kerana terlalu terhibur dengan persembahan lawak beliau.

Sketsa malam tadi turut menampilkan Shamshul Ghau Ghau sebagai artis undangan bagi persembahan kumpulan mereka.

Menjengah keruangan komen, rata-rata netizen memuji persembahan kumpulan Heart kerana persembahan kumpulan mereka begitu menyerlah dengan lawak-lawak yang kena dengan tema serta mengetengahkan isu semasa.

Tanpa mengulas panjang, kumpulan Heart telah mendapat pujian dan meraih 5 bintang daripada juri Datuk Awie kerana begitu menyukai persembahan mereka. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh warganet mengenai persembahan kumpulan ini.

Saban minggu persembahan kumpulan Heart semakin mendapat reaksi positif dari para juri dan penonton. Mudah-mudahan kumpulan ini mampu menyajikan lagi persembahan lawak yang lebih kelakar dan menarik di minggu-minggu yang seterusnya. Selamat maju jaya diucapkan buat kumpulan ini.

Sumber: ig astrogempak/ danialzaini1

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!