“Sedap tau, tone dia unik sedap daripada lagu yg jeriit2 tu”- Netizen

Pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali ini merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita di Malaysia. Kerjayanya sebagai penyanyi bermula selepas beliau menyertai rancangan realiti Akademi Fantasia pada tahun 2013. Menerusi pertandingan tersebut, beliau telah berjaya memenangi tempat kelima. Kerjaya seni beliau berjalan lancar apabila beberapa lagu singlenya sering mendapat tempat di hati para pendengar.

Antara lagu yang berjaya menaikkan lagi nama beliau dalam industri seni ialah lagu Katakan Saja, Cemburu, Pematah Hati dan Peluang Kedua.

Ketika beliau melancarkan video klip lagu Pematah Hati bersama pelakon Aedy Ashraf, Nabila berjaya mencipta gimik beliau putuus cinta bersama Aedy Ashraf sehingga berjaya meyakinkan para peminat pelakon kacak tersebut.

Bagaimanapun, setelah di desak para peminat, Nabila akhirnya menjelaskan bahawa lakonan puutus cinta bersama Aedy hanyalah gimik untuk melariskan video klip dan lagu Pematah Hati. Sejak kejadian itu, Nabila Razali mendapat jolokan Ratu Gimik daripada para peminat.

Meskipun nyanyian beliau sering menerima kritikan daripada netizen namun, Nabila tidak berpuutus asa untuk terus mencipta nama sebagai penyanyi apabila terus tampil dengan beberapa lagu baru.

Baru- baru ini, tindakan beliau memadam semua foto peribadi di Instagram dan memuatnaik gambar memakai gaun pegantin berwarna putih bersama seorang lelaki sekali lagi mencuri tumpuan netizen.

Namun begitu, rata- rata netizen seolah tidak lagi terkejut dengan perkongsian Nabila itu kerana sudah mampu meneka bahawa penyanyi dan pelakon tersebut hanya membuat gimik baru demi lagu beliau.

Maklum balas penyanyi itu juga mengesahkan bahawa gambar -gambar yang di muatnaik tersebut sekadar teaser video muzik sebuah lagu single baharunya yang berjudul Aku Terluuka.

Menerusi perkongsian terkini penyanyi tersebut di Instagram, Nabila berkongsi satu sedutan video nyanyian beliau yang di tujukan khas buat sahabat beliau iaitu pelakon Janna Nick sebagai tanda sokongan.

Janna Nick baru- baru ini berkongsi bahawa beliau baru sahaja memuutuskan hubungan cinta dengan pelakon Dini Schatzman. Namun Janna tidak mengulas lanjut alasan di sebalik perpisahan beliau dan bekas teman lelakinya itu.

Nyanyian ringkas Nabila Razali itu mendapat perhatian Janna Nick yang kemudiannya meningg4lkan komen ‘Love You’ sebagai penghargaan kepada rakannya itu.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji suara Nabila Razali yang di sifatkan sebagai sangat sedap dan mendayu. Nyanyian Nabila Razali juga membuai emosi para pendengar. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Walaupun bakat nyanyian Nabila sering di pertikai oleh netizen namun penyanyi tersebut tidak pernah mengalah. Kini suara beliau semakin baik hasil menghadiri kelas vokal.

Syabas Nabila sebab mengambil kata- kata netizen sebagai pemb4kar semangat dan terus mempertingkatkan kualiti vokal sebagai penyanyi.

Sumber: ig Nabila razali

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!