“Dah besar nanti jadi pelapis ibu Ayah ya”- Netizen

Tanggal 27 November yang lalu, penyanyi dan pelakon Azzam Sham dan isterinya yang juga pelantun lagu Perasaan iaitu penyanyi Sheryl Shazwanie telahpun selamat menimang cahaya mata sulung. Pasangan muda berkenaan di kurniakan seorang bayi perempuan seberat 2.89 kilogram. Puteri sulung pasangan ini dilahirkan secara pemb3dahan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.

Azzam turut berkongsi bahawa beliau mengambil kepuutusan untuk turut menemani isterinya ketika melalui proses kelahiran di bilik bersalin. Proses kelahiran juga turut berjalan lancar dan dipermudahkan.

Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham berkata beliau bersyukur isteri dan anaknya berada dalam keadaan baik dan sihat.

Sebagai pasangan muda, Azzam tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejut beliau yang kini sudahpun bergelar sebagai seorang bapa. Azzam turut menzahirkan ucapan terima kasih buat sahabat, kenalan serta para peminat yang mendoakan kesihatan isteri dan anak mereka.

Meskipun gembira dan teruja menjadi seorang bapa namun Azzam sedar tanggungjawab beliau kini semakin bertambah sebagai ketua keluarga.  Sebelum ini, berita kehamilan Sheryl tidak dikongsikan oleh Azzam lebih awal meskipun sudah terlihat ‘baby bump’ kerana mengikuti nasihat keluarga.

Menerusi perkongsian terbaru Juara Big Stage musim ketiga itu di Instagram, setelah 7 hari kelahiran anak perempuannya Azzam akhirnya berkongsi nama anak sulungnya itu bersama para peminat.

Tulis Azzam, beliau dan isteri telah sepakat memberikan nama Azzalea Safiyya Binti Muhammad Azzammuddin buat anak sulungnya itu. Azzam juga mendoakan anak sulungnya itu membesar dengan sihat dan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.

Azzam juga turut memperkenalkan akaun Instagram anak perempuannya itu untuk memudahkan para peminat mereka mengikuti perkembangan semasa anak mereka dan buat para tatapan para peminat melepaskan rindu terhadap anak pasangan tersebut.

Menjengah keruangan komen, ramai rakan- rakan artis yang menulis ucapan tahniah di atas kelahiran anak sulung pasangan itu. Netizen juga memuji pilihan nama yang di pilih oleh pasangan selebriti itu kerana mempunyai makna yang sangat baik.

Memandangkan pasangan tersebut merupakan pasangan penyanyi, netizen turut mendoakan anak mereka bakal menjadi pelapis mewarisi bakat pasangan ini. Berikut di kongsikan komen – komen netizen.

Sebagai rekod, Azzam dan Sheryl mengakhiri zaman bujang pada 1 Januari 2022 yang lalu. Meskipun pasangan ini di katakan masih muda dan baru sahaja mahu melebarkan sayap kerjaya namun siapalah kita untuk melawan takdir, sekiranya sudah tertulis jodoh yang tetapkan Allah buat diri kita.

Begitu jugalah yang dilalui oleh penyanyi tersebut apabila sudah tiba masanya untuk beliau mendirikan rumahtangga. Semoga pasangan ini terus bahagia dengan kehadiran puteri sulung mereka.

Sumber: ig azzam sham

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!