“Sebenarnya ibu Khawla yang nak naik sangat beca kitty tu kan”- Netizen

Tidak dapat dinafikan bahawa ketika sudah bergelar ibu bapa ni, makin banyak cabaran yang telah ditempuhi, naka uruskan hal anak, begitu juga denga hal kerja yang tidak berkesudahan tu. Kadang tu, takde masa nak luangkan bersama anak kerana sibuk bekerja je. Kerja pun untuk kepentingan bersama juga kan.

Sebabtulah, kalau dah ada masa terluang tu, cepat-cepat bahagikan masa tersebut untuk anak-anak kesayangan. Biarpun sebentar tapi amatlah bermakna bagi seisi keluarga. Tak perlu keluarkan wang ringgit pun takpa.

Asalkan ada masa bersama, itu sudah memadai. Bak kata orang, bahagia itu bukanlah dari segi banyaknya harta. Lain orang, lain definisi bahagianya. Takpalah yang penting, konsep nya sama sahaja. Buat hati gembira.

Seperti yang diketahui, pasangan Ernie dan Syamel kini sudah mempunyai seorang cahaya mata yang sangat lah comel orangnya. Namanya Khawla. Comel sebijik macam mini Ernie gayanya. Geram nak cubit. Comel sangat lah tengok.

Ernie dan Syamel kedua-duanya merupakan penyanyi terkenal. Dah kalau namanya penyanyi, memang tak duduk diam lah, ada saja job di sana sini. Dalam luar negeri semua harus pergi, bukan nya setempat saja. Tak terkejar nak settle kan nya.

Dan sudah semestinya, masa bersama keluarga agak terjejas. Ada dimuat naik foto Ernie yang sedang berada di Melaka, bersama Khawla. Tapi Syamel tiada di situ. Mungkin kerana ada hal kerja yang harus disettle kan. Bukan mudah tau.

Foto yang mana Ernie dan juga Khawla menaiki beca di Bandar Melaka. Melaka kan memang selalu saja dipenuhi dengan beca berhias dan juga tempat bersejarah. Sangat cantik tempat nya dan merupakan tumpuan pelancong.

Ernie yang menulis caption “Demi anak..Dia tak minta pun, kita je rasa sedih kalau dia duduk dalam hotel tak jalan jalan. Look Daddy, Eibu bawa anak jalan jalan…..”. Sayu pula baca caption yang ditulis oleh si ibu, mungkin akan jadi kenangan bersama nanti.

Tapi, bak kata netizen, macam bukan Khawla je yang sebenarnya nak naik beca kitty cat tu, tapi ibu nya. Haha,lawak betul lah netizen. Yelah, sebab Ernie kan sudah tahan masuk air dan active nya. Mungkin dua-dua yang teringin naik, Khawla dan juga ibunya Ernie.

Sumber : Ig Erniezakri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!