“Berapa lama hafal steps, tak sedar kaki tergooyang” – Ramona Zam Zam

Syafie Naswip memang selalu memuat-naik tarian-tarian Bollywood, terkadang beliau memuatnaik bersama pasangan yang juga pandai menari tarian Hindustan tersebut. Kali ini beliau bergandingan pula dengan Afifah Nasir. Rupanya Afifah Nasir juga mahir dalam tarian Hindustan dan mereka sangat serasi walaupun Afifah berkasut tumit tinggi, tapi bukan halangan. Seolah olah mereka telah berlatih selama berbulan-bulan untuk mendapatkan langkah yang sama.

Sehati sejiwa saja nampaknya. Ditanya pula oleh Ramona, berapa harikah mengambil masa untuk berlatih dan pastinya ia adalah sekejap sahaja kerana mereka sudah biasa dengan tarian-tarian Bollywood seperti ini.

Sementara sedang berehat daripada tugas berlakon, itulah masa yang Syafie sentiasa ambil untuk menghiburkan hati sendiri serta hati peminat. Dan juga setiap pengikutnya sudah mengetahui bahawa mereka sangat pandai apabila menari dengan hasil muzik yang sedemikian.

Hasil muzik seperti Bollywood ini membuatkan bukan sahaja mereka menghiburkan malah ramai juga yang ingin mengikut serta menari bersama mereka tetapi Syafie Naswip sentiasa pandai menghiburkan dan senang ketika berada bersama kawan-kawan yang memahaminya.

Beliau juga memuat naik video tersebut di aplikasi tik tok membuatkan lebih ramai pengikutnya mengikutinya di aplikasi tersebut. Mereka memang berbakat dalam lakonan apatah lagi setakat menari Hindustan. Ia adalah perkara yang mudah sahaja.

Syafie mudah rapat dengan sesiapa sahaja, bukan saja dengan rakan kerja malah dengan peminatnya juga. Malah setiap komen yang bertanya di ruangan komen pasti beliau akan membalasnya dengan mesra. Sebab tu beliau disenangi.

Pelbagai komen-komen yang diberikan sehingga mendapat lebih banyak komen yang diberikan di perkongsian Syafie Naswip tersebut. Afifah Nasir pun memberikan kerjasama yang baik sehinggakan ramai sahabat-sahabat memberikan komen.

Inilah komen yang termasuk iaitu Ramona memberikan pertanyaan seperti berapa lamakah masa untuk menghafal langkah-langkah menari tersebut, dek kerana begitu sempurna langkah-langkah yang di mainkan ketika di dalam video tersebut. Lihatlah komen mereka.

Syafie Naswip bermula sejak zaman kanak-kanak lagi menceburi bidang lakonan ini dan sehingga sekarang beliau masih mendapat nama di dalam persada dunia seni dan lebih banyak drama-drama dan filem yang telah beliau lakonkan.

Sumber: ig syafienaswip

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!