“Saya pun akan bersihkan munt4h cuma tak sempat nk record je ermmm” – Netizen

Bila ada anak kecil ni, memang banyak sangat ragam yang timbul. Bukan apa, mereka ni banyak sangat songeh, tak menang tangan dibuat nya. Kejap buat itu, kejap buat ini, tahu tahu timbul masalah. Kelakar kan ? Sabar jelah duhai mak ayah, sudah menjadi lumrah kita sebagai mak ayah.

Belum lagi kalau time ajak keluar pergi mall atau jalan-jalan makan angin. Lagilah pening dibuatnya. Kalau boleh nak ik4t anak-anak ni. Takut mereka buat yang tak disangka-sangka. Sediakan payung sebelum hujan.

Kalau time mereka meragam nak buang air atau sebagainya. Gelabah betul kita sebagai ibu bapa ni. Kalau nak buang air boleh lah tahan sikit sebab mereka pakai pampers. Cuba kalau yang tiba-tiba muntah atas lantai mall. Tak ke gelabah kita sebagai ibu ayah mereka ni.

Ada dimuat naik video Dato Fazley Yaakob yang sedang mengemop lantai di sebuah kedai serbaneka. Ingatlah buat apa kan, part time job ke ? Tiba-tiba je mengemop lantai. Rupanya ada sebuah insideng yang telah berlaku. Kalau anda tahu pasti akan tergelak juga.

Beliau yang mengatakan bahawa anaknya telah termuntah di kedai tersebut. Dan sudah semestinya sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab beliau harus menguruskan muntah tersebut. Gentle betul kan Dato ni.

Maksudnya, beliau merasakan bahawa beliau lah yang seharusnya mencuci muntah anak nya. Terharu kan. Bukan lah mengharapkan cleaner yang akan mencuci. Dah nama pun anak sendiri, jadi harus menjadi tanggungjawab sendiri lah kan sebagai seorang bapa.

Dato Fadzley dengan caption nya “Piyush termuntah di kedai? Hahaha, masih saya ingat masa ni fierudzfazley masih kecil lagi, tak ingat apa yang dia makan, terus termuntah masa sampai kedai.

Kelam kabut saya pinjam baldi and mop dari kedai tu. Nak marah kesian, dan dalam masa yang sama, yang muntah tu anak saya, takkan lah saya nak tinggal dan biar pekerja kedai yang bersih kan? Kalau korang, korang buat apa?”.

Rata-rata netizen sangat teruja dengan sikap bertanggunjawab beliau. Seorang bapa yang sangat gentle. Antara komen netizen ialah ada yang mengatakan mereka turut akan melakukan hal yang sama, tapi ada juga yang mengatakan mereka terus cuak dan taktahu nak react bagaimana.

Justeru, patut dijadikan podeman untuk semua supaya sentiasa melakukan tanggungjawab yang seharusnya kita lakukan. Dan juga, jangan lupa selalu mejaga kebersihan di mana pun kita berada. Jadilah masyarakat yang bertanggungjawab.

Sumber : Ig Fazleyyaakob

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!