“Cam ye ye je berbual” – Netizen

Isaac Raes merupakan satu- satunya anak lelaki sulung kepada pasangan pelakon yang sama cantik dan sama padan iaitu Zahirah Mc Wilson dan Aiman Hakim Ridza. Pasangan berkenaan telah mendirikan rumahtangga pada 20 Feb 2020 setelah beberapa tahun berkenalan. Mereka berdua kali pertama di pertemukan ketika bergandingan menerusi drama Curi- Curi Cinta sekitar tahun 2018.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini di kurniakan anak sulung mereka sekitar bulan Januari tahun lalu. Untuk rekod anak sulung pasangan ini telahpun dilahirkan pada 5 Januari 2021 dan kini mereka berdua sedang diulit bahagia dengan kehadiran buah hati sulung mereka itu.

Buat para peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan pasangan ini, pastinya akan sentiasa tertunggu mengenai perkembangan kehidupan pasangan pelakon ini baik dari segi kerjaya mahupun peribadi.

Aiman juga memperkenalkan instagram anaknya itu kepada para peminat untuk memudahkan para peminat mengikuti perkembangan terbaru Isaac Raes.

Di Instagram anaknya itu juga pasangan berkenaan turut berkongsi dan memuatnaik beberapa video gelagat dan gambar Isaac Raees bersama keluarga.

Terbaru, menerusi Instagram kanak- kanak itu, satu perkongsian video gelagat Isaac telah di kongsikan. Isaac dalam video tersebut di lihat sedang rancak berbual bersama kedua ibu dan bapanya ketika dalam perjalanan menaiki kend3raan ke suatu tempat.

Para peminat pasangan ini juga turut berkongsikan semula video- video gelagat Isaac Raees di media sosial. Gelagat anak pasangan ini yang comel sememangnya menarik perhatian netizen yang merasa geram dengan kecomelannya.

Gelagat Isaac yang ketika itu seakan serius berbual bersama mummy dan daddynya untuk membincangkan sesuatu telah mencuit hati para peminat.  Netizen juga kagum dengan kepetahan Isaac “berbual” bersama ibu bapanya.

Isaac bukan sahaja semakin bertambah comel dengan lesung pipit malahan kanak- kanak berkenaan juga semakin bijak dan mula petah bercakap.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen juga turut geram dengan kecomelan kanak- kanak berkenaan. Berikut merupakan tangkar layar beberapa komen yang di tulis oleh netizen buat kanak- kanak berkenaan.

Sebelum ini, gelagat Isaac menjawab pertanyaan Aiman yang bertanyakan mengenai siapakan bapanya juga turut mencuri perhatian. Soal Aiman lagi, “Anak siapa” kemudiannya Isaac menjawab ‘Aiman’ membuatkan pelakon drama Kimchi Untuk Awak ini tersenyum gembira.

Gelagat yang di rakamkan itu membuatkan netizen mulai meneka sekiranya Isaac lebih rapat dengan Aiman berbanding ibunya. Mungkin Isaac lebih manja dengan daddy berbanding mommy. Apa- apa pun, memang comel betul la Isaac ni dengan lesung pipit dia tu.

Sumber: Instagram lsaac Raes

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!